Ellie Suriaty berteriak di mahkamah sokong Najib - Zoom | mStar

Ellie Suriaty berteriak di mahkamah sokong Najib

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 2:25 PM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ellie Suriaty hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Ellie ada memuat naik rakaman video kata-kata semangat kepada bekas presiden UMNO tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty hargai jasa Najib, terpulanglah apa orang nak kata

Pelakon berusia 48 tahun merupakan antara selebriti yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.

Antara yang didengar pelakon itu melaungkan 'bebas Najib'.

Sebelum itu, Ellie bersama hampir 50 orang penyokong Najib setia menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan.

Bagaimanapun kekcohan itu dapat dileraikan dengan kawalan daripada pasukan keselamatan.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Tags / Kata Kunci: Ellie Suriaty , Najib Razak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan