Afieq Shazwan bingung muzik video lesap di YouTube - Zoom | mStar

Afieq Shazwan bingung muzik video lesap di YouTube

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penyanyi muda, Afieq Shazwan meluahkan rasa terkejut apabila muzik video single Seandainya yang dimuat naik April lalu 'lesap' di Youtube.

Menerusi Instagramnya, Afieq, 21, memaklumkan kepada peminatnya mengenai perkara itu dan mengesyaki ia berpunca daripada masalah teknikal.

“Tiba-tiba ramai rakan menghubungi dan bertanya tentang muzik video berkenaan, saya sendiri terkejut dan memaklumkan kepada pihak pengurusan.

“Namun mereka juga tidak dapat memberi jawapan mengapa ia boleh berlaku,” katanya kepada mStar Online.

Muzik video tersebut telah mendapat lebih 500 ribu kali tontonan sebelum dikesan hilang di saluran Youtube FMC Music.

Tags / Kata Kunci: afieq shazwan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan