Beli kereta guna duit pinjaman, Saharul Ridzwan mohon peminat tak tiru - Zoom | mStar

Beli kereta guna duit pinjaman, Saharul Ridzwan mohon peminat tak tiru

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2018 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA membuat pengakuan terbuka membeli kereta menggunakan wang pinjaman pendidikan MARA ketika masih bergelar pelajar, pelakon Saharul Ridzwan menerima teguran seorang pengguna laman sosial.

Bagi mengelakkan salah faham, Saharul membuat penjelasan berhubung perkongsiannya itu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Saharul memuat naik rakaman video menyatakan sebab dia membeli sebuah kereta menggunakan wang pinjaman pendidikan tersebut.

Perkongsian Saharul disalah erti oleh pengikut di laman sosial.

"Saya bina komitmen dengan membeli kereta tersebut kerana tak mahu bayar pinjaman tersebut.

"Kerana komitmen itu, saya tekad belajar bersungguh-sungguh supaya dapat keputusan cemerlang, sekaligus pinjaman itu ditukar kepada biasiswa.

"Saya hanya berkongsi semangat buat mereka yang bermula dari bawah dan saya sendiri mengakui belum berjaya. Terima kasih kepada yang memberi teguran," katanya.

Sebelum ini, menerusi laman yang sama, aktor berusia 29 tahun ini menyifatkan kehidupan selesa yang dimiliki hari ini bukan bererti dia sudah menjadi seorang insan sempurna.

Ujarnya, kejayaan seseorang individu tidak dinilai dengan nilai harta sebaliknya amalan dan ibadah untuk dihisab akhirat kelak.

"Aku belum berjaya, solatku belum sempurna lima waktu, bacaan Al-Quran aku masih salah, yakinku pada rezeki dari Allah belum sepenuhnya, tabahnya aku dalam setiap dugaan Allah masih lemah, untuk katakan tidak pada perkara yang salah.

"Aku belum berjaya. Nilai kejayaan bukan dinilai dari harta benda. Semuanya akan ditarik yang tinggal hanya amalanku," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Saharul Ridzwan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan