As'ad Motawh makin patah hati dikutuk peminat wanita - Zoom | mStar

As'ad Motawh makin patah hati dikutuk peminat wanita

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2018 12:44 PM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI muda As'ad Motawh mengakui pernah berhadapan masalah kemurungan akibat gagal mengawal gangguan emosi sejak terlibat dalam bidang nyanyian.

As'ad atau nama sebenarnya As'ad Ahmad Muhammad Motawh, 17, berkata, sebagai pendatang baharu dalam dunia hiburan, adakalanya kritikan melampau yang bersifat penghinaan boleh menjejaskan emosinya.

Jelasnya, kata-kata kesat yang dilemparkan ketika berada di khalayak ramai benar-benar menyakitkan hati.

Ketika berkunjung ke studio mStar, penyanyi lagu Senyum ini turut berkongsi maksud sebenar kenyataannya di Twitter apabila menyatakan hasrat untuk sama berhenti menyanyi sekiranya rakan artis iaitu Haqiem Rusli berbuat demikian.

Selain itu apabila bercerita mengenai kualiti vokalnya yang dianggap begitu teruk ketika mengadakan persembangan secara langsung, As'ad mengakui mengenai kelemahan itu.

Adakah As'ad akan terus bersandarkan kepada paras rupa untuk kekal dalam dunia hiburan? Sejauh mana dia serius untuk memperbaiki kelemahan?

Segalanya terjawab dalam segmen Ceritera kali ini.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: as'ad motawh , ceritera
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan