“Kita ada adab, jangan maki orang” - Noorkhiriah membebel di Instagram - Zoom | mStar

“Kita ada adab, jangan maki orang” - Noorkhiriah membebel di Instagram

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

KURANG senang dengan sikap segelintir pengikut di Instagram, pelakon Noorkhiriah akhirnya membuat teguran melalui video yang dimuat naik pada Khamis.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie memberitahu dia kerap mendapat mesej peribadi  berbaur kecaman dan makian daripada pengguna Instagram dalam kelompok kanak-kanak dan remaja.

“Kebanyakan yang ikut saya sekarang berusia antara 10 hingga 13 tahun, mereka menghantar mesej peribadi dan berkata pelbagai perkara tidak baik kepada saya.

“Adakah ibu dan ayah menghantar anda ke sekolah untuk belajar memaki orang?,” katanya.

Noorkhiriah menjadi perhatian selepas lakonannya dalam drama bersiri Nur meninggalkan kesan besar kepada penonton sehingga dikecam teruk di media sosial.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: noorkhiriah , nur
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan