Amyra & Amar dah sedia bawa anak beraya - Zoom | mStar

Amyra & Amar dah sedia bawa anak beraya

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

AIDILFITRI kali ini lebih meriah buat pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin dengan kehadiran cahaya mata sulung diberi nama Aqeef Anaqi. Jom kita tanya mengenai persiapan raya Amar dan Amyra!

"Tahun ni kami beraya di Kuala Lumpur sahaja. Saya tak dapat gambarkan betapa seronoknya beraya dengan anak kerana tak pernah melalui sebelum ini.

"Itu yang seronoknya dan teruja apabila bawa anak beraya di rumah saudara-mara nanti. Mujurlah Aqeef tak banyak ragam dan sudah terbiasa dengan orang ramai," kata pasangan ini kepada mStar Online.

Sementara itu, Amar dan Amyra memberitahu mereka mengambil cuti sepanjang Syawal ini.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: Amar Baharin , Amyra Rosli , Aqeef Anaqi

iklan

WAKTU SOLAT

25-June-2018 | 11 Shawal, 1439

    iklan

    Iklan