Cemburu lihat aksi manja 'bersemut' Mawar & Raf - Zoom | mStar

Cemburu lihat aksi manja 'bersemut' Mawar & Raf

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

TAHUN pertama bergelar isteri merupakan antara pengalaman baharu buat pelakon Mawar Rashid.

Menurut Mawar, selain menyediakan kelengkapan raya untuk suami, dia turut gementar menanti saat bersalaman di pagi raya.

"Saya tengok keluarga Raf ada salam raya dan perkara itu adalah benda baru untuk saya, tak sabar nak lalui pengalaman itu.

Pasangan bahagia.

"Tapi itulah, kita tengoklah situasi itu raya pertama nanti. Mesti basah dengan air mata.

"Persediaan raya, kami ada keluarkan baju jenama sendiri, jadi tak susah sangat nak pilih baju raya. Pakai apa yang kami ada sahaja," katanya kepada mStar Online.

Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu Raf Yaakob dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3 tahun.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: Mawar rashid , raf yaakob

iklan

WAKTU SOLAT

21-November-2018 | 13 Rabiulawal, 1440

    iklan

    Iklan