Suami merungut, Nad Zainal belajar masak lodeh - Zoom | mStar

Suami merungut, Nad Zainal belajar masak lodeh

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

SEMENJAK bergelar ibu, pelakon Nad Zainal berkata persiapan Aidilfitri kini lebih tertumpu kepada anaknya iaitu Fahad Ibrahim.

Menurut Nad, dia lebih banyak menyediakan kelengkapan untuk anak lelakinya itu berbanding diri sendiri.

"Sekarang ni saya lebih banyak buat persediaan untuk anak, suami siapkan barang-barang dia sendiri sebab dia ada citarasa tertentu.

Keluarga bahagia.

"Nanti bila saya dah beli, takut dia tak pakai pula. Jadi, saya fokus lebih dekat anak sahajalah.

"Pagi raya ini saya nak masak lodeh sebagai kejutan kepada suami, sebab tahun lepas dia ada tanya fasal juadah kegemarannya itu," katanya kepada mStar Online.

Sebelum itu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pada 14 0ktober 2016.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: Nad Zainal , Aidilfitri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan