Cukup! Asfan Shah minta henti 'tembak' Haqiem Rusli - Zoom | mStar

Cukup! Asfan Shah minta henti 'tembak' Haqiem Rusli

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan komposer Asfan Shah menegaskan dia bukan berlagak senior apabila bertindak menegur penyanyi Haqiem Rusli secara terbuka di media sosial.
Asfan Shah, 33, diminta mengulas mengenai isu dakwaan menciplak lagu.

“Ini peringatan untuk diri saya sendiri, kalau boleh saya pun tak mahu bercakap tentang orang lain.

“Dia (Haqiem Rusli) sudah menghubungi saya dan meminta maaf. Saya harap netizen tidak membaca apa yang saya tulis dengan nada marah, saya bercerita tentang fakta dan bukan acah-acah senior,” ujarnya kepada mStar Online.

Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Fatamorgana Cinta ini meluahkan rasa kurang senangnya apabila Haqiem dikatakan menuduh Asfan menciplak lagu ciptaannya dan pandangannya itu telah disalah ertikan oleh beberapa pihak.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: asfan shah , haqiem rusli
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan