Dulu malas sahur, sekarang Izara kena masak untuk suami - Zoom | mStar

Dulu malas sahur, sekarang Izara kena masak untuk suami

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2018 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

RAMADAN tahun ini pasti memberi seribu satu makna buat pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid.

“ Alhamdulillah ia pengalaman yang manis buat Izara berpuasa bersama suami sejak mendirikan rumah tangga.

“Izara sebelum ni tak bangun bersahur, tiba-tiba sekarang kena bangun bersahur dan itu salah satu cabaran bergelar isteri,” katanya kepada mStar Online.

Pelakon yang terkenal dengan filem J Revolusi itu ditemui pada majlis berbuka puasa Shopee yang diadakan di Hotel Hyatt, Kuala Lumpur.

Cerita Izara lagi, dia mula menjadi lebih matang apabila menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Rasa dah matured sebab dah masak dan sediakan semuanya sebelum kejutkan suami.

“Kehidupan memang berbeza, baru saya faham orang kata kehidupan itu berbeza apabila sudah berkahwin,” Ujarnya.

Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid setelah tiga tahun bercinta.

Tags / Kata Kunci: izara aishah , adib khalid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan