Ben Ali mengaku gementar terlibat isu beg tangan Birkin - Zoom | mStar

Ben Ali mengaku gementar terlibat isu beg tangan Birkin

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2018 2:44 PM

(Ubah saiz teks)

NAMA pelakon yang juga Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Ben Ali mendapat liputan meluas selepas dia tampil membuat laporan polis terhadap isu beg tangan yang didakwa milik isteri bekas perdana menteri, Datin seri Rosmah Mansor.

Menerusi laporan polis yang dibuat pada 12 Mei lalu, Ben memberitahu, pihaknya menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan bahawa lebih kurang 50 buah tas tangan jenama Birkin sedang dipindahkan dari sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL.

Berdasarkan gambar laporan polis yang tular, setiap satu tas tangan tersebut dianggarkan bernilai RM200,000 ke atas.

Ketika berkunjung ke studio mStar, Ben bercerita mengenai tindakannya itu yang dilihat kebanyakkan pihak lain sebagai langkah agresif kerana melibatkan diri dalam kes berkenaan.

Mengakui sedar dengan situasi yang mungkin dihadapinya, Ben bagaimanapun berkata dia tidak gentar kerana tindakannya hanya untuk mendapatkan kebenaran.

Selain itu Ben turut berkongsi pengalamannya dalam dunia politik selepas mula aktif sejak 2016.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: #ceritera , ben ali , bersatu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan