Tak perlu terlalu 'try hard' - pesan Syamel untuk para gadis - Zoom | mStar

Tak perlu terlalu 'try hard' - pesan Syamel untuk para gadis

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 6:43 PM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Syamel menegaskan dia masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana wanita termasuklah Ernie Zakri.

Menurut Syamel, dia selesa berkawan baik dengan penyanyi cantik tersebut dan masih mencari wanita yang benar-benar sesuai untuk dijadikan calon kekasih.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lebih Sempurna ini mengakui dia seorang lelaki yang pemalu.

Syamel sedang mencari calon kekasih.

"Saya dengan Ernie macam adik beradik, kami rakan artis sahaja tak lebih daripada itu.

"Saya pun masih belum jumpa lagi wanita yang sesuai untuk dijadikan kekasih.

"Mungkin sebab saya ni pemalu nak memulakan langkah dan sebab itu sampai sekarang masih bujang," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Syamel turut mendedahkan ciri-ciri wanita pilihan untuk dijadikan bakal kekasih.

Tags / Kata Kunci: Syamel , Ernie Zakri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan