"Tiada niat menghina" - Ismail Izzani - Zoom | mStar

"Tiada niat menghina" - Ismail Izzani

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2018 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN penyanyi muda Ismail Izzani membuat live video aksi dia dan rakan-rakan memesan makanan segera melalui lorong pandu lalu mendapat pelbagai respons peminat.

Ada yang terhibur namun ada pula yang mengganggap tindakan penyanyi yang terkenal dengan lagu Luar Biasa berkenaan sebagai kurang sopan.

Malah ada yang bertindak memuat naik semula video tersebut dan meluahkan rasa tidak senang mereka.

“Kami memang begitu, hyper, tambahan lagi saya baru tiba di Kuala Lumpur dari Sarawak, jadi memang sedikit bertenaga selepas tidur ketika dalam penerbangan.

“Dapat pula berjumpa dengan rakan-rakan yang sporting, saya tak rasa pekerja restoran makanan segera tersebut rasa terhina kerana mereka kelihatan terhibur dengan gelagat kami,” katanya kepada mStar Online.

Ismail, 18, mendapat perhatian meluas apabila namanya sering terpalit kontroversi antaranya selepas menyatakan pendirian tidak berminat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan curang beberapa kali terhadap bekas kekasihnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.


Tags / Kata Kunci: ismail izzani
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan