Jurusolek cerita perangai sebenar Izreen & Uqasha - Zoom | mStar

Jurusolek cerita perangai sebenar Izreen & Uqasha

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2018 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

NAMPAKNYA perasaan kurang senang netizen terhadap dua pelakon iaitu Izreen Azminda dan Uqasha Senrose berhubung isu peribadi masing-masing turut menjejaskan orang sekeliling antaranya jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.

Gara-gara bekerjasama dengan dua pelakon tersebut, Alha memberitahu dia turut menerima kritikan dan cacian netizen di laman sosial.

Malah, ada pengguna laman sosial yang mengugut untuk memboikot produk kosmetik di bawah jenamanya disebabkan kerjasama itu.

Alha bergelar jutawan kosmetik.

"Saya memang sudah anggap mereka berdua ini seperti adik saya sendiri dan kontroversi yang ada pada mereka itu adalah sedikit kesilapan dan ujian buat mereka.

"Disebabkan pernah memuat naik foto bersama Izreen, ada netizen yang menggunakan bahasa kesat dan memaki saya di laman tersebut serta mengugut untuk boikot produk saya," katanya kepada mStar Online.

Alha ditemui di majlis Alha Alfa Cosmetics Awards and Gala Dinner di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Alha pernah menyolek ramai selebriti popular tanah air.

Dalam majlis tersebut, Alha menyampaikan beberapa anugerah usahawan untuk mereka yang berjaya mencapai sasaran jualan.

Semasa pertemuan itu, ahli perniagaan berusia 30 tahun ini turut mendedahkan perangai sebenar dua pelakon cantik ini.

Tags / Kata Kunci: Alha Alfa , Uqasha Senrose , Izreen Azminda
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan