“Lebih ramai isteri, lagi makbul doa untuk suami” - Ustaz Don Daniyal - Zoom | mStar

“Lebih ramai isteri, lagi makbul doa untuk suami” - Ustaz Don Daniyal

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2018 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PENDAKWAH bebas Ustaz Don Daniyal mengakui terkejut apabila muncul khabar angin yang mengatakan dia sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, don tidak mahu terus melatah dengan gosip tersebut dan hanya tertawa apabila diajukan soalan itu.

"Jujurnya saya belum pernah mendengar gosip mengatakan saya kahwin dua dan tidak tahu langsung mengenainya.

"Dakwaan itu tidak benar! Kalau benar saya kahwin dua, seronoklah... Setakat ini isteri saya hanya seorang," katanya.

Don berkata, isterinya mungkin akan berasa marah dengan gosip bertebaran mengenai dirinya namun yakin wanita itu faham dan lebih mengetahui kebenaran tentang dakwaan tersebut.

Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 34 berkahwin dengan Dr. Husna Zahry pada 2012.

Sementara itu, Ustaz Don turut memberitahu pelawak terkenal iaitu Nabil Ahmad ada bertemu dengannya bagi mendapatkan nasihat mengenai kehidupan.

"Saya ada beri dia panduan dan pesanan dalam melalui kehidupan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ustaz Don Daniyal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan