Uyaina Arshad juara Puteri Muslimah Asia 2018 - Zoom | mStar

Uyaina Arshad juara Puteri Muslimah Asia 2018

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2018 10:48 AM

(Ubah saiz teks)

PERSONALITI televisyen, Uyaina Arshad menggondol tempat pertama program Puteri Muslimah Asia 2018 yang diadakan di Indonesia.

Program yang julung kali diadakan itu turut disertai 17 orang lagi peserta dari enam negara di Asia.

Antara negara yang terlibat ialah Indonesia, Brunei, Turki, Timor Leste dan Singapura.

Kemenangan Uyaina turut disaksikan primadona Erra Fazira selaku juri dari Malaysia.

Malaysia turut diwakili dua lagi peserta iaitu Syifa Melvin dan Nurain Zamri.

Uyaina, 26, membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, trofi dan juga tiara.

Tags / Kata Kunci: uyaina arshad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan