“Tergamak awak tonton benda haram?” - Azhan Rani luah perasaan di Instagram - Zoom | mStar

“Tergamak awak tonton benda haram?” - Azhan Rani luah perasaan di Instagram

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2018 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Azhan Rani meluahkan rasa kecewa melalui Instagram selepas ada peminat tanpa rasa bersalah memberitahu telah menonton karya lakonannya menerusi pautan media sosial.

Azhan, 42, menjelaskan sudah beberapa kali perkara itu terjadi kepadanya.

“Pernah dengar sokong membawa rebah, ni salah satu contoh yang aku selalu dapat kadang-kadang dari kawan-kawan atau keluarga sendiri.

“Maaflah aku pun tak pernah memaksa korang (anda) melanggan filem-filem berbayar untuk ditonton, kalau RM15.90 untuk dua hari tu mahal sangat tak perlulah langgan,” tulis Azhan di Instagram pada Selasa.

Ikuti temubual penuh bersama Azhan Rani mengenai kepincangan tersebut di video dibawah.

Tags / Kata Kunci: azhan rani
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan