Azri (AF9) bebas, serik meringkuk dalam penjara - Zoom | mStar

Azri (AF9) bebas, serik meringkuk dalam penjara

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2018 3:37 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah dibebaskan pada Khamis selepas menjalani hukuman penjara selama 14 hari atas kesalahan menganiaya anak perempuan tirinya.

Selain rasa syukur, Azri, 31, mengakui pengalamannya berada di sebalik tirai besi banyak memberi pengajaran buatnya sebagai suami dan bapa.

"Alhamdulillah, ini satu pengalaman dan pengajaran buat saya. Saya terima semuanya dengan hati terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nanti orang pukul... jangan pergi!” Ibu meraung Azri (AF9) dipenjara cederakan anak tiri

Azri dan keluarga semasa ditemui di hadapan Penjara Kajang.

"Tiada apa yang menarik pun di dalam ni (penjara)," katanya ketika ditemui mStar sebaik sahaja dibebaskan dari Penjara Kajang kira-kira pukul 11 pagi.

Menanti detik pembebasan Azri ialah isterinya yang juga juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis serta dua anak mereka.

Turut hadir menanti detik bermakna itu ialah anak perempuan tiri Azri, yang menjadi mangsa dalam kes berkenaan.

Pada 20 April lalu, Azri dihukum penjara 14 hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua lalu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit pangsapuri, Jalan Putra Indah 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya di sini, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.


Azri disambut keluarga sebaik sahaja dibebaskan.

Bercerita mengenai kehidupannya di dalam penjara, Azri berkata dia akan lebih menghargai isteri dan anak-anaknya.

'"Memang serik, lepas ni dah tak mahu masuk lagi.

"Namun saya lega kerana semuanya sudah selesai, saya harap netizen tidak lagi bercerita mengenai kes ini," katanya.

Azri dan Salma berkahwin pada 31 Januari 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Salma juga mempunyai dua anak iaitu mangsa dan seorang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

Tags / Kata Kunci: Azri AF9 , Salma Mentor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan