Bimbang betul Mira Filzah nak komen kisah dengan Zizan Razak - Zoom | mStar

Bimbang betul Mira Filzah nak komen kisah dengan Zizan Razak

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2018 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Mira Filzah memberitahu dia lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang ulasan atau komen mengenai status hubungannya dengan pelawak Zizan Razak.

Menurut Mira, 25, dia bimbang komen yang diluahkan kelak disalah anggap oleh netizen memandangkan mereka hanya berkawan dan tiada sebarang hubungan istimewa.

"Kalau boleh saya nak berkongsi mengenai kerjaya berbanding hal peribadi. Banyak produk saya yang akan keluar nanti, tak mahulah cerita gosip sahaja.

Mira hanya berkawan dengan Zizan.

"Saya tak salahkan peminat yang ingin tahu dan biarlah mereka terus berteka-teki kerana hakikatnya saya dan Zizan hanya berkawan," katanya kepada mStar Online.

Pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini ditemui semasa petunjukan fesyen Ariani Luminous Lebaran 2018 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman ini merupakan ikon Ariani bagi tahun 2018 bersama Ayda Jebat.

Kapsyen di Instastory bukan ditujukan kepada Zizan.

Sebelum ini, beberapa blog hiburan melaporkan Mira ada memuat naik foto beserta kapsyen 'Don't miss me okay, love?' (Jangan rindu-rindu okay, sayang?) di Instastory miliknya.

Kemudian, Zizan pula memuat naik gambar jam dengan kapsyen 'Sure I miss you sweetheart' (Mestilah saya akan rindu sayangku).

Meskipun tidak dinyatakan kepada siapa mesej itu ditujukan, namun netizen mula membuat andaian dan ia menguatkan lagi gosip yang bertebaran di laman sosial mengenai status hubungan mereka.

Bagaimanapun, menerusi laporan sebuah portal berita, Mira menegaskan bahawa kapsyen tersebut bukan ditujukan kepada Zizan dan ia bersifat umum.

Saksikan video penuh bersama Mira Filzah yang disediakan mStar Online.

Tags / Kata Kunci: Mira Filzah , Zizan Razak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan