"Kalau mati, siapa nak tolong isteri dan anak saya?" - Ajak - Zoom | mStar

"Kalau mati, siapa nak tolong isteri dan anak saya?" - Ajak

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2018 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

PELAWAK dan pengacara Ajak Shiro mengakui dia mengabaikan kesihatan kerana terlalu fokus kepada kerjaya.

Susulan itu menurut Ajak, 32, dia menyedari bahawa langkahnya itu telah memudaratkan diri dan keluarganya sendiri.

"Waktu sakit hari tu saya terfikir, kalau saya tiada nanti siapa yang nak tolong mereka (keluarga)?

"Sekarang saya sedar bahawa kerja dan kesihatan perlua diimbangkan," katanya kepada mStar.

Ajak dikejarkan ke hospital 11 Mac lalu kerana mengadu tidak sihat sebelum rakaman program Bintang Bersama Bintang Raya.

Tags / Kata Kunci: ajak shiro , ajak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan