#BiziBody: Usah kata rumah... tandas pun mewah! Hebat Aliff Syukri - Zoom | mStar

#BiziBody: Usah kata rumah... tandas pun mewah! Hebat Aliff Syukri

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2018 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

EPISOD #Bizibody minggu ini Qarami membawa anda menjelajah kediaman baharu milik jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang terletak di Kota Damansara, Selangor.

Rumah tiga tingkat berkeluasan 40,000 kaki persegi ini dibina atas tanah bernilai RM13 juta.

Menurut Aliff, 31, mahligai yang diberi nama Aliff Syukri Palace itu berkonsepkan Royal Modern Classic mempunyai 30 bilik termasuk gim, surau dan bilik kebal.

ARTIKEL BERKAITAN: Selain 30 Bilik Mahligai Aliff Syukri Turut Mempunyai Surau, Gim, Bilik Kebal

Pintu masuk utama kediaman mewah Aliff Syukri.

Di tingkat satu kediaman ini dilengkapi dengan dua ruang tamu, stor, bilik mesyuarat, dapur kering dan mini teater.

Manakala, di tingkat dua pula terletaknya enam bilik tidur termasuk bilik utama yang berhadapan dengan kolam renang dan taman.

"Bilik saya ini berdepan pemandangan kolam renang dan taman. Bangunan sebelahnya itu adalah surau dan gim. Dalam bilik ini ada jakuzi mewah, untuk bergambar dan post di Instagram memang cantiklah," katanya.

Aliff bergambar di beranda bilik utama berhadapan dengan kolam renang. Bangunan bersebelahan adalah gim dan surau.

Kebanyakan perabut di rumah ini diimport dari empat negara iaitu Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.

Selain itu, Aliff berkata, dia mengambil inspirasi daripada hotel-hotel terkemuka sebelum melakukan dekorasi hiasan dalaman seperti tangga, lampu, sofa, katil dan karpet.

Antara yang mencuri perhatian ialah lampu hiasan di pintu masuk utama yang dikatakan bernilai RM1 juta.

Aliff dan isteri, Nur Shahida bergambar di tangga utama. Lampu gantung tersebut bernilai RM1 juta.

"Lampu gantung ini ditempah khas dan boleh diturunkan secara automatik untuk memudahkan kerja pencucian.

"Saya juga minat tengok rumah artis-artis Hollywood, daripada situ juga saya dapat inspirasi," ujarnya.

Semasa lawatan tersebut, Aliff memaklumkan beberapa buah bilik dan dapur utama yang terletak di tingkat bawah masih belum siap sepenuhnya.

Jakuzi mewah ini terletak di dalam bilik utama.

Difahamkan rumah tersebut dilengkapi dengan 40 kamera litar tertutup dan 12 pengawal keselamatan untuk menjaga persekitaran kediaman.

Ditanya mengenai kos pembinaan kediaman tersebut, Aliff tidak mahu mendedahkan mengenai perkara tersebut kerana bimbang dengan kecaman netizen.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Aliff Syukri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan