Bekas madu Izreen dah ‘move on’, tak perlu raih simpati - Zoom | mStar

Bekas madu Izreen dah ‘move on’, tak perlu raih simpati

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2018 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

EMPAT bulan mengharungi tempoh paling sukar dalam hidup, bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda ini mengakui sedang belajar untuk membina kehidupan baru selepas bercerai pada bulan lalu.

Intan Liana Saleh, 33, berkata buat masa ini dia menerima banyak tawaran seperti menjadi model pakaian bagi menyara kehidupannya.

”Rezeki datang dengan cara ini, saya perlu lalui dah hadapi segala yang terjadi.

”Intan cuba perlahan-lahan bangkit,” kata Intan kepada mStar Online.

Kisah rumahtangga wanita ini mendapat perhatian meluas media dan netizen apabila mahligai bersama pemuzik bebas, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid bergolak selepas kehadiran Izreen sebagai orang ketiga.

Izreen dan Ude dilaporkan berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

Reda dengan khabar duka yang diterima, Intan menyatakan rela bermadu dengan pelakon tersebut.

Namun mimpi ngeri sekali lagi menjengah Intan selepas suami Ude menfailkan permohonan cerai terhadapnya pada 30 November.

Pada 22 Mac 2018, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjadi saksi kepada pengakhiran episod pilu ini apabila Ude melafazkan cerai terhadap, Intan sebagai isteri pertamanya dengan talak satu.

Rumah tangga Intan dan Ude yang dibina kira-kira empat tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata masing-masing tiga dan satu tahun.

Tags / Kata Kunci: intan liana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan