Kecoh Berita Kena Usir, Uji Rashid Dapat Rumah PPR - Zoom | mStar

Kecoh Berita Kena Usir, Uji Rashid Dapat Rumah PPR

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2018 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

SUSULAN berita Uji Rashid berdepan desakan dihalau dari rumah kerana gagal membayar sewa di Ampang, penyanyi veteran itu akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Ketika ditemui selepas penyerahan kunci pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Subang pada Isnin, Uji berkata status yang dikongsikan Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mengenai situasi yang dihadapinya sekadar salah faham.

Namun Uji mengakui dibebani masalah kewangan hingga hampir diusir jika berterusan gagal membayar wang sewaan.

Akibat terdesak, Uji memohon bantuan daripada Noh supaya masalah tempat tinggal yang dihadapinya dapat diberi perhatian.

Kini Uji mampu menarik nafas lega apabila dia dibenarkan mendiami pangsapuri terbabit pada kadar sewa RM255.

Tags / Kata Kunci: Uji Rashid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan