Ustaz 'Kaki Fesyen', Suka Melaram

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

Dunia fesyen kini bukan lagi milik eksklusif kelompok tertentu. Haa.. Jangan tak percaya, golongan pendakwah seperti Imam Muda Asyraf juga mula terjebak dalam dunia fesyen hingga berjaya mengeluarkan pakaian dengan jenama sendiri. Dah nama pun ustaz, fesyen yang ditampilkan juga mestilah bersesuaian dengan imej yang dibawanya seperti baju melayu, jubah dan kurta untuk lelaki.

Baru-baru ini jenama Aisy Asyraf menyertai pertunjukkan fesyen di ibu negara. Namun, khabarnya Imam Muda Asyraf yang turut hadir pada majlis itu tidak masuk ke dewan utama dek kerana cara pemakaian tetamu yang hadir walaupun ia bertemakan sambutan aidilfitri. Eh eh betul ke?

Tags / Kata Kunci: imam muda , imam muda asyraf

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan