Arja Lee Teringat Kisah Bersama Ibu

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 11:00 AM

Arja Lee

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kehadiran Syawal tahun ini mengingatkan kembali kisah sedih pelakon Arja Lee yang kehilangan ibunya seminggu sebelum umat Islam beraya pada tahun lalu.

Meraikan Syawal tanpa ibu di sisi, tahun ini Arja Lee akan beraya bersama adik-beradiknya di Kuala Lumpur sahaja berbanding perlu pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang semasa ibunya masih hidup.

"Saya teringat kenangan masak ketupat, rendang daiging iaitu makanan kegemaran mak. Kami adik-beradik pula tumis bawang bersama. Walaupun emak tak ada, kakak saya mewarisi kehebatan ibu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Arja Lee

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan