Jom tebus tiket, tonton filem Vietnam bersama GSC-mStar Online - Wayang | mStar

Jom tebus tiket, tonton filem Vietnam bersama GSC-mStar Online

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2018 8:44 AM

Anda berpeluang menonton karya hebat dari Vietnam bersempena festival filem negara itu yang akan berlangsung di negara kita tidak lama lagi.

(Ubah saiz teks)

PENGGEMAR filem biasanya mempunyai genre tertentu yang menjadi kegemaran mereka.

Tidak dinafikan karya adiwira Marvel mempunyai ramai peminat, tetapi tidak kurang juga yang meminati filem berunsur seram, komedi romantik dan sebagainya.

Bahasa sesebuah filem juga tidak pernah menjadi kekangan buat pentonton.

Bagi masyarakat Malaysia, mereka pastinya sudah terbiasa menonton filem-filem Melayu, Inggeris, Korea, Jepun, Hong Kong dan Thailand.

Tapi, jarang sekali kita berminat atau diberi peluang menonton karya dari negara Vietnam.

Karya dari Vietnam setanding dengan filem-filem dari negara lain.

Namun, itu tidak bermakna filem dari Vietnam tidak berkualiti. Mungkin kerana kurang pendedahan, kita jarang tahu mengenai karya mereka.

Sempena Festival Filem Vietnam yang akan berlangsung pada 2 September depan, beberapa filem dari Vietnam akan dipertontonkan kepada 'kaki wayang' di negara ini.

Dibawakan khas oleh Golden Screen Cinemas (GSC) mereka akan menayangkan filem-filem dari negara itu bermula 23 hingga 29 Ogos ini di lima lokasi pilihan.

Selain GSC Mid Valley, filem-filem tersebut juga akan disiarkan di GSC Pavilion Kuala Lumpur, GSC 1 Utama, GSC Paradigm Johor Bahru dan GSC Gurney Plaza Pulau Pinang.

Antara filem yang akan disiarkan ialah Yellow Flowers on the Green Grass, Hello Vietnam!, My Girlfriend is the Boss, 100 Days of Sunshine dan 798Ten.


Jangan lepaskan peluang menonton filem ini secara percuma.

Lebih menarik, anda berpeluang menonton filem Yellow Flowers on the Green Grass secara percuma.

Caranya mudah sahaja: Apa yang perlu anda lakukan adalah MENCETAK ARTIKEL INI dari portal mStar Online.

Bawa cetakan artikel ini ke kaunter tiket di GSC Pavilion KL dan tiket percuma boleh ditebus bermula 14 Ogos (Selasa), jam 11 pagi ke atas.

Filem yang diarahkan oleh Victor Vu ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Thinh Vinh, Trong Khang dan Thanh My.

Memaparkan latar belakang era pertengahan 1980-an, filem yang mengangkat tema cinta dan persahabatan ini pastinya bakal membawa senyuman dan tangisan kepada anda yang menonton.

Malah, ia mungkin boleh menjadi permulaan kepada anda untuk meneroka lebih banyak filem dari negara itu selepas ini.

Bagi mereka yang telah membuat penebusan tiket, pastikan anda tidak terlepas tayangan khasnya yang akan diadakan pada jam 10 pagi Sabtu ini (18 Ogos).

Jadi apa tunggu lagi, ayuh kita meriahkan penganjuran Festival Filem Vietnam 2018. Jom!


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan