‘Peransang Rentap’ Kurang Merangsang

Diterbitkan: Jumaat, 10 November 2017 11:50 PM

Salah satu babak filem Peransang Rentap yang ditayangkan sejak 2 November lalu.

(Ubah saiz teks)

Filem: Perangsang Rentap

Pengarah: Lina Johor

Pelakon: Vincent Mallang Alfred, Diana Johor, Charl Mayour, Ethel Lampai, Emmanuel Reuben, Richard Martias dan Iwan Dasri

Genre: Drama

Durasi: 108 minit

Pengedar: Empire Film Solution Sdn. Bhd.

Tarikh Tayangan: 2 November 2017

SEINGAT penulis dan jika tidak salah pemahaman penulis, projek filem Peransang Rentap (ejaan peransang itu silap) ini sudah lama kedengaran. Bahkan, ia pernah juga terlibat dengan kontoversi sehingga penulis sangkakan pembikinannya terus terkubur begitu sahaja.

Nampaknya semangat pelakon dan penerbit filem Peransang Rentap, Diana Johor dan kembarnya, Lina tidak terkubur sebaliknya mereka bangkit sehinggalah filem Peransang Rentap berjaya ditayangkan sejak 2 November lalu.

Ditambah pula, ia tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai perantara, sebaliknya mengambil risiko dengan mengenengahkan bahasa Iban sepenuhnya, pastinya Peransang Rentap mahu mempersembahkan sesuatu yang berbeza kepada khalayak.

Penulis yang berkesempatan menonton Peransang Rentap dua hari lalu (sekali lagi, berita cukup menyedihkan apabila hanya penulis seorang sahaja di dalam panggung) tidak menafikan filem sulung terbitan Unique Twins Sdn. Bhd. milik Diana dan Lina ini ada tarikan sendiri.

1)     Peransang Rentap ada beberapa elemen menarik terutama sudut teknikal tetapi penceritaannya belum cukup kuat untuk menjadi sebuah karya terbaik.

Pertamanya, jarang sekali dalam filem tempatan mengambil pendekatan meneroka dunia masyarakat Iban di Sarawak untuk diangkat ke layar perak. Mengambil konteks berkenaan, selaku penerbit Diana dan Lina berhak mendapat pujian atas kesungguhan mereka itu.

Lantaran itu, permainan visual dan sinematografi memainkan peranan penting untuk membawa penonton memasuki dunia masyarakat unik ini. Atas faktor itu, Peransang Rentap berhak diberikan merit dari sudut itu.

Walaupun tidak sempurna terutama dalam menyakinkan penonton dengan milieu keseluruhan filem berkenaan, setidak-tidaknya feel untuk meletakkan diri dalam suasana berkenaan boleh diterima.

Barangkali kalau filem ini mementingkan aspek colour grading untuk mewujudkan suasana dan latar belakang tahun 1900 seperti yang diketengahkan dalam plot cerita, pastinya ia akan lebih meninggalkan impak dan dirasai.

Sudut teknikal lain yang turut memberi warna kepada Peransang Rentap adalah skor muziknya yang penulis sifatkan berjaya memberikan markah tambahan dalam menggerakkan cerita ini terutama dalam beberapa babak tertentu.

Diana Johor (tengah) bersama dua lagi pelakon wanita yang membintangi filem Peransang Rentap.

Menyentuh tentang lakon layar dan cerita Peransang Rentap, ini adalah sesuatu yang sebenarnya perlu dititik beratkan kerana jujurnya filem ini, masih lemah dalam aspek penceritaan.

Melihatkan judulnya, pasti ramai akan menyangka ia adalah sebuah filem sejarah tentang pahlawan Iban, rentap yang sebenarnya memang hebat kalau dapat direalisasikan.

Akan tetapi, mengambil kira tentang penerimaan masyarakat negara ini yang masih belum dapat menerima dan menghargai filem sejarah sepenuhnya, maka, Peransang Rentap mengambil jalan mudah dengan memberikan suntikan cerita cinta.

Maka dengan itu, kisah cinta tiga segi menjadi pertaruhan Peransang Rentap, namun, itu belum cukup kuat untuk menjadikan filem cereka pertama arahan Lina Johor ini berada dalam kedudukan sepatutnya.

Sebagai sebuah filem cinta dan dikatakan seperti mengambil kisah Romeo dan Juliet, Peransang Rentap tidak berupaya merangsang jiwa penulis untuk terus menyelami dan seterusnya mendasari hubungan cinta antara Jeniang (lakonan Vincent Mallang Alfred) dan Entiang (Diana Johor).

Aspek sinematrografi antara tarikan filem Peransang Rentap.

Hubungan cinta mereka hanya dirasai di permukaan sahaja dan disebabkan itu, Peransang Rentap menjadi karya kosong tanpa jiwa seperti mana yang dicanang. Keserasian antara Vincent Mallang dan Diana itu sebenarnya ada tetapi tidak cukup kuat dan tidak diberikan dengan jiwa semaksimumnya.

Justeru, pemilihan judulnya sekali gus memberikan persoalan besar apakah sebenarnya yang mahu ditonjolkan dalam filem ini? Siapakah dan apakah yang merangsang rentap atau sebaliknya?

Penggunaan bahasa bukanlah satu masalah besar untuk filem ini kerana penulis percaya ia juga memberi kelebihan kepada pelakon yang berasal dari Bumi Kenyalang untuk lebih mendalami watak masing-masing.

Malah, Diana yang bukan anak jati Sarawak pun wajar diberikan pujian kerana berkebolehan bertutur dalam bahasa Iban tanpa kelihatan begitu kekok di layar.

Selaku pengarah filem, Lina telah mempersembahkan hasil kerjanya sebaik mungkin dan mengisi kekosongan kerusi pengarah filem wanita yang begitu kecil bilangannya di negara ini.

Pengarah filem Peransang Rentap, Lina Johor (duduk, berbaju kelabu) bersama barisan pelakon dan kru.

Akan tetapi, sebagai pengkarya wanita, adalah lebih baik jika Lina menghasilkan sebuah filem yang dapat mengangkat martabat wanita dan memberikan perspektif baharu terhadap pemaparan watak wanita di dalam filem tempatan.

Mengambil contoh Peransang Rentap sendiri apabila watak wanita utamanya masih lagi digambarkan sebagai mangsa dan menjadi objek seksual lelaki.

Alangkah baiknya, jika Lina dan penulis skrip (juga seorang wanita) mengambil pendekatan berbeza untuk meletakkan wanita di kedudukan terbaik.

Sebenarnya, jika mahu menggunakan judul Peransang Rentap, tidak salah untuk berfikiran di luar kotak dengan menjadikan Entiang sebagai seorang pahlawan wanita di dalam kaumnya.

Barulah sesuai apabila Entiang dilihat sebagai perangsang Rentap untuk memerangi musuh dalam konteks positif dan bukannya negatif.

Mungkin akan ada yang menentang atau tidak dapat menerima fakta tersebut, tetapi sebagai pembikin filem dan memiliki lesen kreatif yang besar, itu adalah kelebihan yang ada pada seorang pengarah dan penulis lakon layar serta skrip dan tidak salah berbuat demikian.

Tags / Kata Kunci: Peransang Rentap , Diana Johor

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan