Donnie Yen, Andy Lau Penyelamat ‘Chasing The Dragon’

Diterbitkan: Ahad, 1 Oktober 2017 9:00 AM

Antara paparan dalam 'Chasing The Dragon'.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Chasing The Dragon

PENGARAH: Wong Jin, Jason Kwan

PELAKON: Donnie Yen, Andy Lau, Kent Cheng, Kent Tong dan Michelle Hu.

GENRE: Jenayah Aksi

DURASI: 128 minit

PENGEDAR: Lotus Five Star

TARIKH TAYANGAN: 28 September 2017

FILEM aksi dari Hong Kong sememangnya antara terbaik namun lain ceritanya dengan filem Chasing The Dragon. Mungkin penulis meletakkan harapan yang terlalu tinggi sehingga merasakan ada sesuatu yang kurang dengan filem ini.

Chasing The Dragon merupakan adaptasi kisah benar yang pernah difilemkan pada tahun 1991 menerusi filem To Be Number One.

Jadi, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menghasilkan versi baharu dengan garapan lebih baik kerana filem itu pernah memenangi anugerah filem terbaik di 11th Hong Kong Film Awards suatu ketika dahulu.

Filem ini berkisar mengenai dunia pengedaran dadah dan gangster di Hong Kong pada era 60-an bawah penjajahan kolonial British.

Ia mengisahkan bagaimana seorang anggota polis membantu seorang lelaki biasa menjadi pengedar dadah dan ketua gangster yang digeruni.

Namun, keakraban dua watak itu mula bermasalah apabila mereka saling meragui keikhlasan dan menyangka masing-masing ada agenda sendiri yang ingin dicapai.

Bagi penulis yang berkesempatan menonton Chasing The Dragon, apa yang kurang dalam filem ini adalah dari segi aksi yang dipaparkan. 

Aksi pertarungan yang ditonjolkan kelihatan biasa-biasa sahaja yang kadang-kala mematikan keterujaan, berbeza dengan sesetengah filem-filem Hong Kong lain aksi pertarungan yang dipaparkan sangat kemas. 

Namun, apa yang menarik dalam filem ini berjaya membawa penonton seolah-olah kembali ke era 60-an dengan garapan visual yang cantik dan menarik. 

Melalui filem ini juga, penonton dibawa mengembara dari Tanah Besar Cina ke Hong Kong.

Dari segi watak, tiada apa yang dapat dipertikaikan. Dua bintang sensasi, Donnie Yen dan Andy Lau merupakan tarikan utama untuk menonton filem ini.

Donnie membawa watak sebagai Crippled Ho iaitu seorang lelaki biasa yang diangkat menjadi  ketua gangster dan pengedar dadah. 

Andy pula memegang watak Lee Rock, anggota polis yang membantu Ho sehingga menjadi orang yang digeruni.

Gandingan dua pelakon hebat ini sememangnya tidak perlu dipertikai lagi. Donny dan Andy berjaya memikat penonton dengan lakonan kemas mereka sepanjang perjalanan cerita.

Penulis juga agak tertarik dengan kreativiti pengarah yang berjaya mengembangkan watak Crippled Ho dengan kemas dan tersusun. 

Menerusi 128 minit tayangan, penonton dapat melihat bagaimana watak Ho berubah dari seorang lelaki biasa kepada ketua gangster dan pengedar dadah yang hebat.

Transformasi watak itu menjadikan penonton berasa seronok untuk mengikuti perkembangan wataknya dari awal sehingga akhir. 

Watak Ho turut diselitkan dengan elemen emosi yang meruntun jiwa apabila dia berdepan dengan kematian isteri, anak dan sahabatmya. 

Plot filem ini semakin menarik apabila Ho dan Lee Rock yang begitu rapat seperti saudara mula meragui keikhlasan masing-masing sehingga timbul beberapa konflik lain. 

Perkembangan plot inilah yang memberi rencah kepada keseluruhan perjalanan cerita dan membuat penonton berasa teruja untuk mengetahui kesudahannya.

Secara keseluruhan, Chasing The Dragon tidak memberi kejutan namun kehadiran Donnie Yen dan Andy Lau telah menjadi penyelamat kepada filem ini.

Tags / Kata Kunci: Donnie Yen , Andy Lau

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan