‘xXx: Return of Xander Cage’ Skrip Sama, Pelakon Berbeza

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 10:48 AM

Formula kitar semula masih digunakan untuk menghasilkan filem xXx: Return of Xander Cage.

(Ubah saiz teks)

FILEM: xXx: Return of Xander Cage

PENGARAH: D.J. Caruso

PELAKON: Vin Diesel, Donnie Yen, Deepika Padukone, Kris Wu, Ruby Rose, Tony Jaa, Toni Collette dan Samuel L. Jackson

GENRE: Aksi

DURASI: 110 minit

PENGEDAR:
United International Pictures

TARIKH TAYANGAN: 26 Januari 2017

SEBAGAI peminat filem tegar, penulis sentiasa terbuka untuk menonton apa jua jenis genre filem. Bukan hanya sekadar menonton, tetapi ia juga membuatkan penulis terus belajar untuk membaca naskhah yang dihasilkan di layar perak.

Walaupun genre aksi bukanlah sesuatu yang menjadi makanan ruji penulis tetapi tidak salah untuk menikmati genre berkenaan.

Apatah lagi, genre aksi cukup dikenali sebagai wadah hiburan serta laluan escapism paling tepat untuk lari sebentar dari dunia realiti.

Dari perspektif lain, genre aksi merupakan lubuk emas untuk ‘kilang’ filem di Hollywood kerana ia juga laluan mudah untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda biarpun ia hanyalah sekadar hiburan semata.

Francais filem xXx misalnya, boleh diletakkan dalam kategori berkenaan apatah lagi, mempertaruhkan bintang aksi terkenal yang cukup dikenali dengan tubuh sasanya, Vin Diesel, ia adalah umpan utama untuk menarik perhatian penonton menonton francais filem berkenaan.

Donnie Yen (kanan) sebagai Xiang dalam satu babak bersama Vin Diesel (Xander Cage).

Mula diperkenalkan pada tahun 2002 dan kemudian disusuli dengan filem kedua, xXx: State of Union tiga tahun selepas itu (hanya filem ini sahaja tidak menampilkan Diesel sebaliknya Ice Cube sebagai teraju utama), siri filem ini tidak perlu menunggu lama untuk menjadi kegemaran peminat filem aksi.

Lalu, selepas lebih 10 tahun, filem ketiganya, xXx: Return of Xander Cage menyusul, penulis tertanya apakah relevannya filem ini dihasilkan. Dalam erti kata lain, apakah yang baharu untuk dihidangkan kepada penonton.

Hampir dua jam menonton, penulis berpendapat xXx: Return of Xander Cage hanyalah sebuah filem aksi biasa. Tiada apa yang hebat dalam penghasilan filem ini.

Ia masih lagi dalam acuan filem popular atau lebih tepat popcorn movie.

Tiada apa yang menarik untuk diperkatakan tentang penampilan sulung aktres Bollywood, Deepika Padukone dalam filem Hollywood ini.

Bagi penulis, filem arahan D. J. Caruso ini sekadar filem ringan yang hanya menampilkan skrip yang sama tetapi perbezaannya hanyalah terletak kepada barisan pelakonnya sahaja.

Entah kenapa penulis juga merasakan filem ketiga xXx ini cuba hendak mencedok acuan francais filem The Fast and the Furious dengan menampilkan barisan kumpulan yang memiliki personaliti tersendiri membentuk sebuah pasukan menentang kejahatan atau membalas dendam.

Masakan tidak, selain Diesel, xXx: Return of Xander Cage turut membariskan nama-nama besar dari benua Asia seperti Donnie Yen, Deepika Padukone dan pelakon aksi dari Thailand, Tony Jaa untuk menjadi pelengkap serta penyeri kali ini.

Sebagai contoh, aktres terkenal Bollywood, Deepika Padukone yang pertama kali beraksi dalam filem Hollywood hanya sekadar memberi lakonan separa masak dan filem ini tidak lebih hanya sekadar mahu mengeksploitasi sosok tubuhnya sahaja dalam beberapa adegan.

Salah satu babak aksi lakonan Vin Diesel dalam filem xXx: Return of Xander Cage.

Disebabkan itu, penulis katakan filem kali ini tiada apa yang baharu untuk diperkatakan tentang jalan ceritanya kerana ia mudah dijangka dengan plot yang sudah dikitar semula berulang kali dalam hampir kebanyakan filem aksi.

Barisan pelakonnya sahaja yang dilihat telah menjadi ‘alat kosmetik’ untuk mencantikkan lagi filem ini dan secara terus memberi gambaran bahawa filem keempatnya akan menyusul untuk beberapa tahun akan datang.

Ditambah pula dengan babak akhirnya yang pada hemat penulis, begitu mudah dijangka selain pernah ditampilkan dalam beberapa buah filem sebelum ini membuatkan xXx: Retun of Xander Cage tidak ada momentum lalu mencapai klimaks dalam memberikan kepuasan kepada audiens.

Pun begitu, ada beberapa babak aksinya yang boleh dikategorikan sebagai menarik dan tidak kurang hebatnya terutama babak melibatkan Donnie Yen yang menggunakan sepenuhnya kelebihan seni mempertahan diri dalam dirinya dalam menghidupkan watak Xiang.

Secara keseluruhannya, penonton masih lagi boleh menikmati xXx: Return of Xander Cage demi untuk hiburan semata-mata terutama untuk peminat filem aksi dan Vin Diesel.

** Penulis ialah bekas wartawan hiburan dan graduan Sarjana Komunikasi (Pengajian Skrin), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ulasan ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis tanpa dipengaruhi sesiapa.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan