Volkswagen Kuning Rungkai Kisah Misteri Popular

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 1:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM: Vokswagen Kuning

PENGARAH: Shadan Hashim

PELAKON: Pekin Ibrahim, Atikah Suhaimie

GENRE: Seram

DURASI: 1jam 24 minit

PENGEDAR: METROWEALTH

TARIKH TAYANGAN: 22 September 2016

FILEM Volkswagen Kuning merupakan inspirasi daripada sebuah kisah misteri yang dikatakan sering menganggu pengguna jalan raya yang melalui lebuh raya Karak.

Kisah seram itu diangkat menjadi sebuah filem yang diolah semula oleh Raja Azmi dan diarahkan oleh Shadan Hashim terbitan Metrowealth.

Bukan sekadar seram semata-mata, filem ini turut menyelitkan beberapa unsur pengajaran, kekeluargaan dan percintaan.



Malah, ia merungkai sebuah misteri yang sering menjadi tanda tanya tentang kisah yang berlaku sehingga wujudnya gangguan kereta kuning itu.

Bagi penulis, nama filem ini sahaja sudah mampu menarik penonton untuk ke pawagam dan menyaksikan sendiri bagaimana ia digarap dan kesudahannya.

Walaupun pelbagai versi yang kita dengar dari mulut ke mulut, filem ini punya nilai tambah kerana hampir seluruh rakyat Malaysia sudah tahu tentang kisah tersebut.

Apa yang boleh penulis katakan selama satu jam 24 minit ini akan membuatkan penonton tidak senang duduk untuk mengetahui punca kereta misteri itu menghantui pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, penulis sedikit kecewa dengan lakonan teraju utama Pekin Ibrahim dan Atikah Suhaime dilihat agak kekok dan kurang serasi sebagai pasangan kekasih.

Selain itu, terdapat beberapa plot twist dalam cerita apabila bapa Sarah lakonan Atikah Suhaime mendedahkan sejarah keluarga mereka menjadi kaya dan berharta.

Antara babak yang paling mendebarkan ialah apabila Sarah dirasuk oleh hantu Volkswagen Kuning sehingga membuatkan dia membunuh bapanya sendiri tanpa sedar.

Apa yang penulis dapat sebagai pengajaran dalam filem ini ialah orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung malang akibat kesilapan lampau keluarga mereka.

Filem ini turut dilakonkan oleh Pekin Ibrahim sebagai Fuad, Atikah Suhaime (Sarah), Shahronizam (Halim), Azman Hasan, Mak Jah, Amai Kamarudin, Fatin Afeefa, Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda.

Filem ini sudah ditayangkan di pawagam pada 22 September 2016.

Tags / Kata Kunci: Volkswagen Kuning

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan