Tidak Cukup Nafas Tonton 'Don't Breathe'

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 1:34 PM

Salah satu adegan cemas filem "Don’t Breathe" yang ditayangkan pada 25 Ogos lalu.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Don’t Breathe

PENGARAH:
 Fede Alvarez

PELAKON: 
Jane Levy, Stephen Lang, Dylan Minnette, Daniel Zovatto, Jane Graves dan Emma Bercovici

GENRE:
Seram/Thriller

DURASI: 
88 minit

PENGEDAR:
Screen Gems

TARIKH TAYANGAN: 
25 Ogos 2016

GENRE
seram dan thriller antara genre yang cukup penulis gemari. Bagi penulis, kedua-dua genre ini sebenarnya mencabar minda tatkala menontonnya jika filem yang dihasilkan itu dapat memberikan kepuasan dan memiliki jiwa yang luar biasa.

Namun, bukan mudah untuk memikat hati penulis menerusi kedua-dua genre ini kerana jika silap perhitungan, ia akan gagal menakutkan dan tidak mampu untuk membuat penulis resah serta gelisah di tempat duduk ketika menonton di pawagam.

Bukan itu sahaja, genre seram dan thriller sebenarnya lebih terdorong untuk ‘memperbodohkan’ audiens jika penghasilannya gagal memberikan impak dan hanya sekadar indah khabar dari rupa.

Justeru, apabila filem Don’t Breathe ditayangkan di pawagam di negara ini hampir serentak dengan minggu pembukaannya di Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, penulis tidak mahu melepaskan peluang kerana maklum balas yang diterima menerusi filem ini cukup memberangsangkan.

Sehinggakan, Don’t Breathe dilabelkan sebagai filem seram terbaik yang pernah dihasilkan dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini.

Don’t Breathe bukan sebuah karya murah sebaliknya memberikan pendekatan berbeza untuk peminat genre seram dan thriller.

Tidak cukup itu, filem yang hanya dihasilkan dengan kos sebanyak AS$9.9 juta (RM40 juta) ini juga menjadi juara carta filem pecah panggung AS apabila mencatatkan kutipan sebanyak AS$28.1 juta (RM113.7 juta) sekaligus sudah mampu membuatkan Don’t Breathe menghela nafas panjang.

Di sebalik kehambaran filem Hollywood yang ditayangkan di negara ini, penulis sifatkan Don’t Breathe hadir tepat pada waktunya.

Dengan naskhah asli hasil idea Rodo Sayagues dan Alvarez sendiri, Don’t Breathe sememangnya adalah sebuah karya thriller bijak dan dihasilkan luar daripada kotak pemikiran filem seram dan thriller konvensional Hollywood yang lain.

Dengan kebijaksanaan itulah, Don’t Breathe telah membuatkan penulis resah di tempat duduk dan ‘tidak cukup nafas’ hampir satu setengah jam menontonnya.

Pada jangkaan awal, hanya dengan melihat posternya sahaja, Don’t Breathe diklasifikasikan sebagai karya seram, akan tetapi, penulis melihat karya ini lebih menjurus kepada thriller berbanding seram.

Apa yang menjadikan Don’t Breathe sebuah naskhah yang penuh dengan jiwa kerana penulis skrip dan pengarahnya berjaya menggerakkan plotnya dengan kemas tanpa perlu membuang masa yang banyak.

Ditambah dengan suntingan oleh Eric L. Beason, Louise Ford dan Gardner Gould, semua tepat pada sasarannya dalam memastikan mata penonton terus tertancap di skrin selain meninggalkan keresahan kepada penonton untuk melihat apakah adegan seterusnya.

Babak yang menjadi pemulaan kepada ‘permainan’ yang membuatkan penonton akan menjadi resah dan tidak senang duduk.

Don’t Breathe bijak memanipulasi pemikiran penonton dan setiap adegan tidak mudah dijangka, dengan keberkesanan itulah, ia menambahkan lagi merit kepada filem ini untuk menjadi sebuah karya yang tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja.

Bahkan, filem yang turut diterbitkan oleh pengarah tersohor Sam Raimi (trilogi asal Spider-Man dan The Evil Dead) ini tidak perlu menampilkan barisan pelakon popular dan ramai (watak penting hanya ada empat sahaja) dalam memancing audiens kerana naskhah itu sendiri cukup kuat dalam menterjemahkan visi Alvarez sebagai seorang auteur.

Jika ada yang menyangka filem ini dengan mudahnya akan membuat anda menjerit, buang jauh pandangan itu kerana Don’t Breathe tidak menghidang audiens dengan santapan murah.

Dalam konteks ini, audiens sendiri harus tahu di manakah letaknya keseraman sebenar Don’t Breathe dan metafora di sebalik judulnya itu sendiri.

Penulis enggan berkongsi lanjut tentang itu kerana tidak mahu membantutkan keinginan mereka yang masih belum menontonnya, tetapi untuk penulis, keseraman sebenar filem ini terletak pada beberapa babak akhir yang membuatkan penulis mengangkat kening kerana tidak menyangka rupanya ada rahsia besar di sebaliknya.

Menyentuh tentang lakonan pula, tidak keterlaluan dikatakan, penulis agak kagum dengan persembahan pemain watak dalam filem ini biarpun nama mereka tidak segah bintang ternama Hollywood yang lain.

Filem Don’t Breathe mempertaruhkan pelakon muda iaitu (dari kiri) Daniel Zovatto, Jane Levy dan Dylan Minnette.

Penulis sukakan watak protagonist, Rocky (lakonan Jane Levy) yang disifatkan sebagai sesuatu pendekatan positif yang dilakukan oleh Alvarez apabila watak itu dipaparkan berbeza dengan apa yang pernah ditonton sebelum ini dalam mengangkat martabat wanita menerusi filem genre dan thriller.

Dalam satu aspek lain, anjing ganas milik Norman Nordstrom atau The Blind Man (Stephen Lang) yang penulis sifatkan sebagai ‘orang kanan’ itu juga sebenarnya memainkan peranan penting dan turut memberikan kesan seram dalam filem ini.

Buat mereka yang belum menonton Don’t Breathe, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menikmati sebuah karya asli dan segar dalam memberikan perspektif baharu genre seram dan thriller.

Percayalah, ia akan memberikan kejutan buat anda dari awal sehingga penamatnya.

*** Penulis ialah bekas wartawan hiburan dan graduan Sarjana Komunikasi (Pengajian Skrin), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


Tags / Kata Kunci: Don't Breathe

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan