Persamaan Dalam Perbezaan 'Dukun Doktor Dani'

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 11:19 AM

Filem Dukun Doktor Dani telah pun menemui penonton di pawagam sejak 28 Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Dukun Doktor Dani

PENGARAH: Sabri Yunus

PELAKON: Taufik Batisah, Fasha Sandha, Khatijah Tan, Sabri Yunus, Yus Edoo, Raysha Rizrose, Amirul Affendi

GENRE: Drama

PENGEDAR: Astro Shaw Sdn Bhd

DURASI: 97 minit

TARIKH TAYANGAN: 28 Julai 2016

PELAKON Sabri Yunus telah membuktikan sebelum ini bahawa penglibatannya dalam bidang pengarahan bukan sekadar untuk melengkapkan profil sebagai anak seni.

Drama arahannya sebelum ini seperti Sanggul Beracun dan Parut Asyikin yang pernah memenangi beberapa anugerah sebagai contoh telah meletakkan namanya pada kedudukan tersendiri dalam bidang pengarahan.

Tidak mahu terus berada ditakuk lama, Sabri muncul dengan filem arahan pertamanya yang berjudul Dukun Doktor Dani yang membariskan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Amirul Affendi, Khatijah Tan dan Allahyarham Yus Edoo.

Menerusi filem pertama, Sabri turut mengambil risiko besar dengan menampilkan wajah baharu menghiasi naskah berkenaan iaitu Taufik Batisah dan Raysha Rizrose.

Mungkin ada yang skeptikal dengan pemilihan tersebut namun pelakon yang pernah popular menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mempunyai gerak hati yang cukup baik dan lakonan dua pendatang baharu itu tidak mengecewakan.

Salah satu babak dalam Dukun Doktor Dani.

Menyifatkan kedua-dua mereka sebagai 'barang' yang belum terjual, Sabri berjaya mencungkil bakat lakonan yang mungkin Taufik atau Raysha sendiri tidak sedar ada dalam diri mereka.

Lakonan yang ditunjukkan cukup menyakinkan namun masih banyak ruang boleh diperbaiki jika diberi watak sesuai.

Dukun Doktor Dani mengisahkan tentang Dani (Taufik) yang membuat keputusan untuk tidak lagi menjadi seorang doktor dan kemudian dia pulang ke kampung dan bekerja dengan dukun Sudin (Sabri).

Keadaan menjadi kalut apabila dukun Sudin meninggal dunia dan Dani mengambil alih tempat dukun Sudin dengan caranya sendiri.

Dalam pada itu, dari sudut cerita dan lakon layar yang diketengahkan cukup santai sungguhpun sebenarnya terdapat maksud mendalam apabila Sabri memilih mengangkat kisah mengenai dukun dan doktor.

Gandingan Taufik dan Amirul menjadi.

Profesion berkenaan mungkin berbeza pada kita, namun Sabri cuba menjelaskan dalam perbezaan di antara dukun dan doktor sebenarnya terdapat persamaan di antara mereka.

Bagi menarik perhatian penonton, Sabri turut menyelitkan sedikit unsur komedi bagi menyeimbangi Dukun Doktor Dani agar ia tidak terlalu berat buat penonton.

Dari sudut teknikal juga, pemilihan lokasi dan sinematografi yang ditampilkan juga cukup mengagumkan dan jujurnya filem ini tidak mengecewakan.

Sementara itu, kemunculan Allahyarham Yus Edoo atau Pak Yus cukup meninggalkan kesan kepada penonton dan ia sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat kepada lakonannya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan