'The Conjuring 2' Karya Kurang Menyengat James Wan

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 12:44 PM

Dari kiri Frances O'Connor, Madison Wolfe dan Lauren Esposito. Foto Ihsan Warner Bros.

(Ubah saiz teks)

FILEM: The Conjuring 2

PENGARAH:
James Wan

PELAKON:
Patrick Wilson, Vera Farmiga, Frances O'Connor, Madison Wolfe, Simon McBurney, Franka Potente, Bob Adrian

GENRE:
Seram

DURASI:
133 minit

TARIKH TAYANGAN:
9 Jun 2016

SELEPAS
kejayaan filem pertamanya menerusi The Conjuring pada tahun 2013, pengarah terkenal dalam penghasilan filem seram, James Wan kini kembali dengan sekuel keduanya iaitu The Conjuring 2 menceritakan tentang penyiasat paranormal.

The Conjuring 2 telah diinspirasikan daripada sebuah kisah sebenar pasangan Ed dan Lorraine Warren yang mengembara ke Enfield United Kingdom pada 1977 untuk membantu keluarga Hodgson kerana mengalami gangguan makhluk halus di rumah mereka.

Kisah seram yang dialami oleh keluarga Hodgson di Enfield merupakan kisah yang popular dan sering diperkatakan dalam sejarah penyiasatan paranormal.

The Conjuring 2 mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Lorraine dan Ed Warren pergi ke utara London untuk membantu seorang ibu tunggal yang membesarkan empat orang anak secara bersendirian di rumah mereka kerana sering diganggu oleh roh-roh jahat.

Madison Wolfe dalam adegan 'The Conjuring 2.'

Kehidupan mereka mula berubah apabila anaknya bernama Peggy (O'Connor), seringkali diggangu oleh perkara-perkara pelik yang mula berlaku di sekeliling rumahnya sehingga membuatkan dia mengalami kemurungan.

Meskipun mempunyai banyak pengalaman dalam menghasilkan filem genre seram sepertiSaw dan Insidious, namun filem The Conjuring 2 ini kurang memberi kepuasan daripada sudut penceritaan serta unsur seram yang hendak ditonjolkan berbanding dengan filem The Conjuring yang pertama.

Walaupun penceritaan dalam filem ini diangkat daripada kisah sebenar, namun bagi penulis jalan cerita yang hendak disampaikan telah diubah untuk menambah rencah dalam filem ini supaya ia selari dengan filem pertama.

Bagi pendapat penulis, olahan yang keterlaluan mencacatkan karya filem ini kerana banyak perkara yang ditonjolkan menjadikan ia seperti tidak logik.

Paling mengecewakan tidak banyak adegen seram yang dipaparkan sebaliknya sekadar unsur suspen sahaja cuba diangkat.

Vera Farmiga (kiri) dan Patrick Wilson.

Justeru, filem ini tidak mampu untuk memberi kepuasan maksimumm kepada peminat-peminat filem seram.

Konflik yang cuba ditonjolkan bagi menguatkan elemen seram dihasilkan dalam cukup mudah dan tidak memberi kesan atau debaran kepada penonton.

Bagaimanapun masih terdapat perkara positif dalam filem ini seperti mesej tersirat yang ingin disampaikan kepada penonton namun kecelaruan plot dan jalan ceritanya membuatkan hasrat berkenaan tenggelam.

Bagi penulis, seorang pengarah hebat seperti James Wan harus menampilkan elemen seram yang berbeza daripada filem-filemnya yang pernah diarahkan sebelum ini.

The Conjuring 2 dibarisi oleh bariskan pelakon seperti Patrick Wilson, Vera Farmiga, Frances O’ Connor, Madison Wolfe danSimon McBurney.

Tags / Kata Kunci: The Conjuring 2

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan