Lakonan Bersahaja Rani Kulup Dalam 'Kipidap! Selamatkan Hari Jadi'

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 8:05 PM

Kipidap! Selamatkan Hari Jadi sebuah filem ringan dan menghiburkan.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Kipidap! Selamatkan Hari Jadi

PENGARAH: Eyra Rahman

PELAKON:
Atikah Suhaimie, Hafreez Adam, Aizat Hassan, Kartina Aziz dan Abdul Rani Kulup Abdullah

GENRE: Drama/Komedi

DURASI: 90 Minit

PENGEDAR: Metrowealth International Group (MIG)

TARIKH TAYANGAN: 17 Mac 2016

PERKHABARAN tentang Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia iaitu Abdul Rani Kulup Abdullah bakal membintangi filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) mengundang pelbagai tanda tanya sama ada beliau mampu berlakon atau pun tidak.

Bagaimanapun peluang menyaksikan sendiri lakonannya menerusi filem Kipidap! Selamat Hari Jadi baru-baru ini nyata tidak mengecewakan.

Lebih mesra dengan sapaan Ayah, Abdul Rani jelas membuktikan penampilannya menerusi filem arahan Eyra Rahman itu bukan sekadar tempelan semata-mata sebaliknya memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita naskah berkenaan.

Sebagai pendatang baharu dalam dunia lakonan, Abdul Rani yang memegang watak sebagai Tok Daddy cukup bersahaja biarpun dia hanya penampilan istimewa dalam karya berkenaan.

Jelas Abdul Rani tidak memandang ringan terhadap tanggungjawab diberikan dan dapat dilihat banyak latihan dilakukan sebelum memasuki set penggambaran.

Gandingan Abdul Rani dan Kartina Aziz menjadi.

Selain Abdul Rani, filem berkenaan turut dijayakan oleh Atikah Suhaimie, Hafreez Adam, Aizat Hassan dan Kartina Aziz.

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi
mengisahkan Sapura (Atikah) seorang peguam, bercinta dengan seorang pelakon yang sedang meningkat naik iaitu, Eddie (Hafreez).

Dunia mereka yang berbeza membuatkan Sapura sering rasa tergugat dengan hubungan percintaan mereka lebih-lebih lagi Eddie sering digosipkan dengan seorang pelakon bernama Maya (Julia).

Atok Sapura, Tok Daddy (Rani Kulup) dan nenek Sapura, Nanny Rockie (Kartina) atau nama sebenarnya Nek Rokiah membesarkan adik Sapura yang lain iaitu Akim, Afiq dan Sarah selepas kematian ibu serta ayah mereka.

Lakonan Hafreez dan Atikah masih boleh diperbaiki pada masa hadapan.

Akim, Afiq dan Sarah tahu tentang hubungan percintaan kakaknya itu, namun mereka membantah perhubungan mereka kerana sikap Eddie yang tidak menyenangkan mereka.

Secara keseluruhannya, Eyra berjaya menzahirkan konsep dan tema yang ingin disampaikan kepada penonton dengan baik biarpun jalan ceritanya dan kesudahannya sudah boleh diramal penonton.

Pun begitu sebagai sebuah filem komedi ia cukup menghiburkan untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Tambahan mesej dan tauladan yang ingin disampikan kena dengan konsep naskah berkenaan yang mengetengahkan sifat kekeluargaan.

Dalam pada itu, lakonan dua bintang utamanya, Atikah dan Hafreez masih banyak yang perlu diperbaiki kerana mereka masih kelihatan kekok dan kelihatan terlalu mencuba.

Sejujurnya mereka perlu lebih tenang dan bersahaja pada masa hadapan kerana kedua-dua mereka mempunyai potensi besar dalam bidang lakonan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan