'Two By Two' Menghiburkan, Sarat Pengajaran

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 5:00 AM

Two by Two mula ditayangkan di pawagam sejak 17 September lalu.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Two by Two

PENGARAH: Toby Genkel & Sean McCormack

PELAKON: Dermot Magennis, Callum Maloney, Tara Flynn

GENRE: Animasi/Drama

DURASI: 90 minit

PENGEDAR: TGV Pictures

TARIKH TAYANGAN: 17 September 2015

BERSEMPENA dengan kedatangan cuti sekolah pastinya ramai ibu bapa ingin meluangkan masa bersama anak-anak mereka melakukan aktiviti bersama-sama mereka.

Barangkali antara pilihan terbaik adalah membawa mereka menonton filem di pawagam dan karya animasi terbaharu berjudul Two by Two pilihan terbaik.

Pengisian filem arahan Toby Genkel dan Sean McCormack dari German itu tampil dengan pengisian menghiburkan selain sarat pengajaran terutama untuk kanak-kanak.

Plot cerita dan jalan cerita yang ringkas disusun kemas bersesuaian dengan sasaran untuk penonton cilik.

Finny dan Leah terpisah daripda ibu bapa mereka. 

Meskipun dari segi teknikalnya, Two by Two tidak dapat menandingi produksi daripada syarikat filem seperti Dreamworks dan Sony Pictures namun jalan cerita yang kuat menyelamatkan karya tersebut.

Bagaimanapun animasi yang dipersembahkan masih berada di tahap tinggi seperti kebanyakan filem dari genre sama yang lain.

Two by Two mengisahkan mengenai dua beranak iaitu Finny dan Dave iaitu binatang dari jenis Nesterians yang sedang mencari tempat tinggal baharu ekoran banjir buruk bakal melanda kawasan mereka.

Bagaimanapun Finny dan Dave dihalang daripada menaiki kapal bersama sekumpulan haiwan lain selepas nama mereka tidak berada dalam senarai.

Finny yang terpisah daripada bapanya, Dave.

Bapa Finny yang gelisah dengan keadaan itu berusaha bagi memastikan mereka dapat menaiki kapal berkenaan dan akhirnya berjaya.

Pun begitu perkenalan Finny dengan seekor binatang lain dalam kapal berkenaan iaitu Leah telah menimbulkan masalah apabila mereka ditinggalkan oleh kapal berkenaan ketika asyik bermain.

Pelbagai usaha dilakukan oleh Dave bagi mencari anaknya yang hilang.

Secara keseluruhannya Two by Two amat sesuai untuk ditonton seisi keluarga terutamanya pada musim cuti sekolah seperti sekarang.

Tags / Kata Kunci: Two by Two.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan