'Suamiku Jatuh Dari Langit' Buat Penonton Tidak Kering Gusi

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

FILEM: Suami Aku Jatuh Dari Langit

PENGARAH: Eyra Rahman

PELAKON: Nora Danish, Qi Razali, Syuk (Balas), Kaza, Atikah Suhaime

GENRE: Drama/Komedi

DURASI: 110 Minit

PENERBIT: Metrowealth Pictures (MIG)

TARIKH TAYANGAN: 17 Julai 2014

APABILA mendengar judul filem Suamiku Jatuh Dari Langit, pastinya ramai yang membayangkan pandangan skeptikal mengenai filem ini. Sama ada ia sebuah filem adaptasi, atau karya cinta klise yang banyak dipertontonkan dalam drama dan filem.

Memang ada sedikit klisenya. Tetapi filem ini telah diolah dengan baik oleh pengarahnya, Eyra Rahman dengan membuatkan penonton tidak menjangka setiap babak yang dipaparkan.

Selepas filem Aku Terima Nikahnya dan Pengantin Malam dan Awak Nak Kahwin Dengan Saya, Eyra memberikan sisi karya yang berbeza berbanding arahannya sebelum ini. Ditambah pula dengan sisi lakonan berbeza oleh Nora Danish dan Qi Razali, ia menguatkan lagi setiap plot ceritanya.



Mengisahkan seorang wanita bernama Asikin (Nora Danish) yang tinggal bersama adik dan ayahnya seorang ketua kampung yang tegas dan sangat menitik beratkan soal agama.

Mus (Syuk), seorang pemuda yang bermasalah di kampung dan dia mempunyai hubungan cinta dengan Wani (Atikah Suhaime) adik kepada Asyikin namun hubungan mereka berdua tidak direstui oleh Pak Bidin (Kaza).

Mus juga mempunyai seorang rakan baik iaitu Awie (Qi Razali) di mana Awie merantau ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan namun tidak bernasib baik apabila telah dibuang kerja dan mengalami masalah kewangan.

Kerana desakan masalah kewangan, Awie telah meminjam duit daripada Daddy Cool (David Teo) namun duit yang dipinjam telah pun dicuri pada yang sama.

Tertekan dan bimbang dengan keselamatannya, Awie terus pulang ke kampung mencari Mus dan berjumpa dengan Mus.

Bermula saat ini pelbagai adegan lucu yang disajikan kepada penonton. Antaranya temasuklah babak Awie dan Mus berpakaian kebaya. Sesuatu yang sangat 'rare' melihat Qi berpakaian wanita!

Gelagat Awie dan Mus sepanjang plot filem ini membuatkan penonton tidak kering gusi bergelak ketawa menonton watak lucu dua pelakon tersebut.

Gandingan dua watak itu sememangnya menjadi walaupun Qi dan Syuk tidak pernah bekerjasama sebelum ini dalam mana-mana filem.

Sementara itu, watak Nora yang berpenampilan sopan dan bertudung pastinya membuatkan ramai jejaka tidak puas pandang, ditambah lakonannya bersama Qi yang dilihat cukup romantis.

Pada pendapat penulis, filem ini mungkan akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan lebih-lebih lagi ia merupakan sebuah karya ringan yang sangat sesuai ditonton pada musim raya.
Tags / Kata Kunci: Suamiku Jatuh Dari Langit

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan