'Gamatisme' Sarat Dengan Pengajaran

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 12:41 AM

Gamatisme mula ditayangkan di pawagam sejak 28 Mei lalu.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Gamatisme

PENGARAH: M Hitler Zami

PELAKON: Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Adeline Tsen dan Wan Elyas.

GENRE: Psiko Seram/Drama

DURASI: 110 Minit

PENERBIT: Pencil Pictures & Records Sdn Bhd

TARIKH TAYANGAN: 28 Mei 2015

GEJALA pembuangan bayi merupakan fenomena jahiliah moden yang dilihat semakin berleluasa dan sebati dikalangan masyarakat seolah-olah ia tidak berpenghujung.

Dewasa ini lambakkan berita kes pembuangan bayi yang menyayat hati bukan luar biasa dan persoalan terhadap tindakan kejam dilakukan terhadap bayi terus menghantui kebanyakan daripada kita.

Kemunculan filem terbaharu terbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd berjudul Gamatisme barangkali tepat pada waktunya kerana ia mengangkat kisah mengenai pembuangan bayi.

Gamatisme membawa maksud kisah silam yang berlaku pada sehingga memberi kesan trauma kerana dikejar dosa silam dilihat bertepatan dengan pengisian naskhah tersebut.

Sungguhpun konsep naskah tersebut dilihat klise namun pada ketika ini ia relevan dan mampu memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan muda.

Lakonan berkesan Nabila dan Adeline meyakinkan.

Diarahkan pengarah terkenal, M. Hitler Zami, Gamatisme tidak menggunakan jalan mudah untuk mengetengahkan tema tersebut sebaliknya tampil dengan genre psiko seram sebagai tunjang utama penceritaannya.

Menggarap ke bentuk visual hasil skrip tulisan Fadzil Zahari, Hitler sebagai pengarah bijak dalam menyusun kronologi penceritaan dalam menimbulkan pertanyaan dan kebimbangan bersesuaian dengan genre psiko seram.

Pun begitu, mesej utamanya jelas untuk memberi pengajaran kepada penonton tetapi nilai komersial terhadap Gamatisme tetap diberi keutamaan agar ia menarik.

Tidak ketinggalan penggunaan teknik janaan imej (CGI), kesan khas solekan serta penataan bunyi benar-benar memberi tambah nilai kepada filem ini dan ia dilakukan dengan kemas.

Paling utama, corak nada jalan ceritanya dibikin cukup halus dalam memberikan momentum dan berjaya dalam menimbulkan pertanyaan ketika menonton.

Antara babak menarik dalam Gamatisme.

Barangkali kelemahan utama Gamatisme adalah Hitler terlalu berusaha untuk memanpatkan segala input dalam durasi singkat yang meninggalkan kecacatan kepada plotnya.

Malah adegan ranjang yang diketengahkan menerusi lakonan Adeline Tsen dan Wan Elias agak keterlaluan dan tidak memberi makna kepada jalan cerita karya itu.

Gamatisme mengisahkan mengenai empat orang sahabat iaitu Haris (Syazwan Zulkifly), Daniel (Wan Elias), Reen (Adeline Tsen) dan Jojo (Bubu 1News) yang sering mendapat gangguan misteri di hostel mereka semenjak kehadiran pelajar baru bernama Zara (Nabila Huda).

Misteri menyelubungi Zara apabila dia sering diganggu mimpi aneh melibatkan seorang wanita mengandung bersama bayinya menyebabkan Zara berada di dalam kemurungan. Haris yang menyimpan perasaan terhadap Zara cuba mendekati dan menyelami perasaannya.

Mereka berempat berangapan bahawa kemunculan wanita misteri di dalam mimpi Zara ada kaitan dengan gangguan-gangguan yang dialami mereka.



Sehinggalah suatu malam Jojo mati dalam keadaan ngeri di dalam bilik air pelajar lelaki dan mula membongkar rahsia sebenar kemurungan dialami Zara.

Pujian juga wajar diberikan kepada bintang utamanya iaitu Nabila yang menggalas watak Zara dengan begitu baik.

Rencah terhadap perwatakan dan personaliti watak Zara yang kemurungan dan penuh kekacauan langsung tidak mengecewakan malah ia adalah kekuatan utama filem berkenaan.

Begitu juga dengan Syazwan yang jelas dilihat memberi sepenuh perhatiannya terhadap watak Haris biarpun dia sebelum ini lebih dikenali dengan peranan antagonis.

Gamatisme secara keseluruhannya tidak mengecewakan dan penonton pasti terhibur dan pada masa sama membawa pulang pengajaran berharga selepas menonton.
Tags / Kata Kunci: Gamatisme , Nabila Huda.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan