'Pilot Cafe' Ulang Formula 'Ombak Rindu'

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 1:02 PM

Pilot Cafe sedang ditayangkan di pawagam.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Pilot Cafe

PENGARAH: Osman Ali

PELAKON: Fahrin Ahmad, Neelofa, Remy Ishak, Keith Foo, Aishah Ilias, Datuk Eizlan Yusof.

GENRE: Drama

DURASI: 125 minit

PENERBIT: Astro Shaw dan Tarantella Pictures

TARIKH TAYANGAN: 30 April 2015


PENULIS novel terkenal era 90-an, Ahadiat Akashah memang tidak dapat disangkal kehebatannya kerana mempunyai pengikut tersendiri dan karyanya masih menjadi bualan pembaca sehingga ke kini.

Jadi tidak hairanlah novel tulisannya berjudul Lagenda Budak Setan (LBS) yang dihasilkan pada tahun 1985 diangkat sebagai filem pada tahun 2010 mendapat sambutan hangat penonton selain dua lagi tajuk dari karya sama iaitu Katerina dan Kasyah.

Melihat kepada kejayaan LBS arahan Sharad Sharan itu, terbaharu sebuah lagi novel Ahadiat, Pilot Cafe yang dilancarkan pada tahun 1995 turut diangkat sebagai filem.

Ternyata respons daripada penggemar novel berkenaan gembira dengan perkhabaran tersebut apatah lagi ia diarahkan oleh Osman Ali yang sebelum ini berjaya dengan filem adapatasi Ombak Rindu.

Karya itu menjadi penanda aras yang cukup besar kepada penggiat filem termasuklah pengarahnya kerana kutipan Ombak Rindu mencecah RM10 juta di pawagam selepas ditayangkan pada 2011.

Gandingan Fahrin dan Izara menjadi.



Jujur penulis agak bimbang dengan naskhah terbaharu arahan Osman ini kerana bukan mudah untuk mengulang kejayaan sama kerana jalan cerita Pilot Cafe agak klise seperti mana yang sudah banyak dilambakkan kepada penonton sebelum ini.

Pun begitu, selepas menonton tayangan perdananya yang diadakan, Osman ternyata masih belum hilang taring dalam menterjemahkan setiap tema seperti cinta, kecurangan malah masalah sosial dengan cara berbeza dan menghiburkan.

Jelas garapan Osman bukan sahaja ingin memaparkan gejala zina atau anak luar nikah tetapi lebih kepada realiti kehidupan masyarakat.

Osman juga bijak apabila mendapatkan bantuan Ahadiat terutama dari segi penghasilan skrip agar inti pati cerita asal tidak lari daripada apa yang telah dibaca oleh pembaca sebelum ini.

Meskipun Osman dilihat banyak mengulang formula ketika menghasilkan Ombak Rindu seperti sinematografi dan lagu tema yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira namun ketelitian dan penekanan terhadap aspek itu memberikan tambah nilai terutama dari segi emosi ketika menonton.

Pilot Cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reeza lakonan Fahrin Ahmad yang menjadi kegilaan wanita dan dia menggunakan peluang itu sebaiknya untuk menjadi seorang playboy dan kaki perempuan.

Barisan pelakon filem Pilot Cafe ketika hadir ke sesi tayangan perdana baru-baru ini.

Sharmila (Neelofa), seorang gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer dan perasaannya terhadap Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri.

Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya, Haris (Keith Foo). Insiden menakutkan itu membuatkan dirinya meninggalkan kerjaya sebagai pilot dan membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe.

Ameer kemudian bertemu dengan Maya (Izara Aishah), seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid (Remy Ishak).

Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diripada dari memikul tanggungjawab itu dan ketika itulah dia berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertemu Ameer dan pelbagai kisah berlaku di antara mereka.

Sementara itu, Fahrin memberi keadilan kepada watak Ameer apabila berjaya melunaskan peranan itu dengan begitu baik biarpun dalam satu temu bual dia mengakui bukan mudah membawa peranan itu.

Osman berjaya mengeluarkan sisi hitam dan feminin Fahrin sehingga membuatkan ada penonton mengalirkan air mata menonton lakonannya.

Tidak ketinggalan Neelofa yang sekali lagi dia bukan pelakon 'kayu' seperti mana dikatakan sebelum ini kerana lakonannya dalam Pilot Cafe cukup bersahaja namun memberi impak.

Naskhah ini biarpun pada satu sudutnya tidak begitu memukau tetapi hasil air tangan Osman telah memberikan nilai istimewa kepada karya tulisan Ahadiat.

Tags / Kata Kunci: Pilot Cafe , Osman Ali.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan