'Abang Lejen' Sarat Dengan Mesej Kekeluargaan

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 12:34 AM

Farid Kamil (kiri) dan Fadlan Hazim

(Ubah saiz teks)

FILEM: Abang Lejen

PENGARAH: Azaromi Ghozali

PELAKON: Farid Kamil, Fadlan Hazim, Intan Ladyana, Adiba Yunus, Hamid Gurkha, Along Eyzendy, Shahfiez Shamsuri dan Azlan Komeng

GENRE: Aksi Komedi

PENERBIT: Mangkin Prestij

TARIKH TAYANGAN: 16 April 2015

PENGARAH Azaromi Ghozali yang mengarahkan filem Kaki Kitai sebelum ini kembali mempertaruhkan filem bergenre aksi humor ala Bollywood untuk tontonan rakyat Malaysia dengan judul Abang Lejen.

Filem aksi santai yang dihasilkan ini cuba bereksperimen dengan penambahan elemen Tamil yang sarat dengan aksi ‘berlebihan’ bagi menimbulkan rasa lucu dan tidak tumpah seperti menonton filem Singham.

Eksperimen yang dilakukan berjaya menghiburkan penonton kerana terdapat juga selingan babak nyanyian dan tarian seperti rentak filem Bollywood bersama lagu dengan pakaian berbeza mengikut latar tempat yang menggunakan berbagai lokasi.

mStar Default Image
Abang Lejen turut mempertaruhkan watak aksi.

Tidak kurang dengan itu, sudutan “berangan-angan” turut ditonjolkan bagi mewujudkan drama fantasi yang berlebihan seperti bekejaran di luar bas dan pelakon yang membawa watak lemah tiba-tiba bertukar gagah melawan musuh.

Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan umur terutama keluarga kerana mesej atau tema yang disampaikan lebih kepada hubungan kekeluargaan di antara hubungan kasih sayang abang dan juga adik.

Jarang sekali kita lihat penceritaan dua beradik menjadi fokus utama dalam sesuatu filem dan pengarah dilihat berjaya menonjolkam watak Ajim yang dilakonkan oleh Farid Kamil bersama adiknya yang gagap Aman, dibawa kemas oleh Fadlan Hazim.

Antara luahan kasih sayang mereka berdua dapat dilihat menerusi babak  ketika Aman baring di peha Ajim selepas pulang dari rumah. Selain itu, abang sering menasihati adiknya untuk mencuci kaki sebelum tidur dan dia juga merawat luka adiknya sendiri selepas bergaduh dengan anak muda  kampung.

Pada klimaks penceritaan, dialog yang dilontarkan oleh Farid Kamil masih mekar di dalam ingatan iaitu; "Adik… dalam dunia ni tinggal kita berdua je, kalau abang tak tolong adik, siapa lagi.”

Walaupun hanya sekadar ayat biasa tetapi maksudnya sangat mendalam kerana mereka berdua telah kehilangan ibu bapa sejak dari kecil.

mStar Default Image
Lakonan mantap Fadlan Hazim dan Adibah Yunus.

Watak lain yang menguatkan lagi penceritaan ialah kekasih hati Ajim yang dibawa oleh Intan Lidyana banyak membantu menghidupkan jalan cerita kerana gadis kampung ini sering membuat penonton terhibur dengan gelatnya yang terlalu ingin menjadi isteri kepada Ajim sejak kecil.

Pujian harus diberikan buat Hamid Gurka yang membawa watak sebagai ayah kepada Intan kerana dia banyak menonjolkan komedi spontan dan memberi seri dalam filem ini.

Boleh dikatakan setiap kali wataknya keluar, penonton pasti ketawa dengan dialog dan reaksi wajah yang dilemparkan.

Secara keseluruhannya, Abang Lejen tidak mengecewakan penonton dan yang paling penting mesej yang disampaikan mengenai hubungan kekeluargaan adik dan abang sangat penting dalam realiti kehidupan semasa.

Jadi betullah kata-kata yang terpapar di poster filem ini, “Jadi Abang Lebih Baik Dari Jadi Superhero".

Tags / Kata Kunci: Abang Lejen , Farid Kamil

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan