Nilai Kekeluargaan Dalam 'Alexander & The Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day'

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 12:10 AM

Alexander & The Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day sebuah kisah mencuit hati yang sarat dengan tauladan berguna.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Alexander & The Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day

PELAKON: Steve Carell, Jennifer Garner, Ed Oxenbould, Dylan Minnette, Kerris Dorsey dan Bella Thorne.

PENGARAH: Miguel Arteta

GENRE: Drama/Komedi

DURASI: 90 Minit

PENERBIT: Walt Disney

TARIKH TAYANGAN: 4 Disember 2014

BERSEMPENA cuti sekolah mungkin ini adalah masa paling sesuai untuk ibu-bapa meluangkan masa bersama anak-anak dengan menonton wayang.

Jika tidak pasti filem apakah yang sesuai, Karya terbaharu Miguel Arteta berjudul Alexander & The Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day mungkin boleh diberi pertimbangan.

Biarpun jalan cerita filem terbitan Walt Disney itu tidak segah karya lain yang sedang rancak ditayangkan ketika ini namun 'Alexander' mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menyentuh emosi penonton.

Arteta membawa kisah tentang kepentingan hubungan di antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan menerusi plot yang tidak asing dalam kehidupan seharian kita.

Kekecohan yang berlaku dalam keluarga Alexander cukup mencuit hati.

Diadaptasi daripada sebuah novel kanak-kanak, filem berkenaan sarat dengan nilai murni tetapi pengarah masih cuba mengekalkan aspek komersial untuk menjadikan penceritaan lebih menarik.

Alexander & The Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day mengisahkan mengenai seorang budak lelaki iaitu Alexander (Ed Oxenbould) yang sering berasa terpinggir daripada ahli keluarga lain kerana dia bernasib malang.

Pelbagai kejadian menimpa Alexander yang membuatkan dia bersedih sehingga dia membuat permintaan pada hari jadinya agar ahli keluarganya yang lain menerima nasib sama sepertinya.

Permintaan Alexander itu benar-benar terjadi sehingga menimbulkan pelbagai kekecohan di dalam keluarganya namun mereka tetap bersama sebagai keluarga dalam mengharungi pelbagai kejadian buruk menimpa mereka.

Dalam pada itu, Arteta berjaya menyusun struktur naratif yang ingin disampaikan dalam penceritaannya dengan teratur memandangkan kisah keluarga itu berlaku dalam masa 24 jam sahaja.

Alexander sentiasa mengalami nasib malang sehingga berasa dipinggirkan oleh ahli keluarganya. 

Pelbagai kejadian yang disatukan dalam filem itu tidak membosankan dan cubaan Arteta merangkumkan isi kandungan daripada novel asal kepada sebuah karya berdurasi 90 minit adalah berjaya.

Biarpun terpaksa mempercepatkan plot cerita namun ia tidak kelihatan janggal selain setiap watak dalam keluarga berkenaan menonjol memberikan kelebihan kepada filem berkenaan.

Paling menarik perhatian sudah tentu watak Alexander kerana Ed berjaya membawa watak tersebut dengan baik tanpa dibayangi oleh nama besar iaitu Jennifer Garner dan Stece Carell.

Secara keseluruhannya 'Alexander' adalah sebuah filem ringan yang sarat dengan pelbagai nilai kekeluargaan dan pastinya ia pilihan bijak pada musim cuti ini!

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan