Ada Jiwa Dalam 'The Hundred Foot Journey'

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 2:42 PM

The Hundred Foot Journey sudah pun berada di pawagam sejak 28 Ogos 2014.

(Ubah saiz teks)

FILEM: The Hundred Foot Journey

PENGARAH: Lasse Hallstrom

PELAKON:
Helen Mirren, Om Puri, Manish Dayal dan Charlotte Le Bon.

GENRE:
Drama

TARIKH TAYANGAN:
28 Ogos 2014

SEBELUM menulis artikel ini, penulis sempat membuat carian di Google untuk meninjau pandangan pengkritik antarabangsa tentang filem terbaharu arahan Lasse Hallstrom berjudul The Hundred Foot Journey.

Biarpun diterbitkan oleh Steven Speilberg dan Oprah Winfrey nampaknya ia tidak dapat menyelamatkan karya ini daripada mendapat kritikan bercampur-campur selain dianggap sebagai sebuah filem biasa.

Tetapi penulis amat mengagumi filem lakonan Helen Mirren, Om Puri, Manish Dayal dan Charlotte Le Bon ini kerana ia mengangkat tentang kisah pertembungan dua budaya iaitu India dan Perancis.

Disebalik menggunakan plot tentang dunia masakan penulis mendapati ia bukan hanya sekadar tentang makanan tetapi lebih daripada itu - indah dan pada masa sama cukup kalut.



Kekalutan mungkin datang daripada Lasse sendiri yang sepatutnya menterjemahkan karya tersebut dengan lebih kompleks daripada membiarkan penonton mudah meneka jalan cerita berkenaan.

Pun begitu, ia masih sebuah karya yang indah selain mampu membuatkan penonton lapar dek keenakan masakan daripada India yang sarat diketengahkan dalam filem tersebut.

The Hundred Foot Journey mengisahkan mengenai keluarga Kadam yang berasal daripada India dan kemudiannya berhijrah ke Perancis untuk membuka sebuah restoran masakan India.

Anak lelaki Papa lakonan Om Puri iaitu Hassan (Manish Dayal) seorang tukang masak yang hebat dan ingin memperkenalkan masakan India di Perancis.

Madame Mallory dan Hassan dalam salah satu babak dalam filem tersebut.


Bagaimanapun usaha mereka itu ditentang oleh Madame Mallory (Helen Mirren) yang membuka sebuah restoran masakan Perancis.

Pelbagai peristiwa lucu berlaku di antara Papa dan Madame Mallory sehinggalah Hassan berkeras untuk mempelajari masakan Perancis daripada wanita berkenaan.

Disebalik persengketaan tersebut, Lasse sebenarnya cuba menjelaskan keharmonian di antara masyarakat dapat wujud biarpun berbeza agama dan warna kulit malah makanan itu dapat menyatukan manusia.

Keunikan itu mengingatkan penulis kepada Malaysia yang turut mempunyai berbilang kaum, bangsa dan agama - tetapi kita masih mampu hidup dalam keadaan harmoni dan kepelbagaian makanan turut menyatukan kita!

Percintaan di antara Marguerite dan Hassan turut dipaparkan.



Mungkin sub-teks itu yang tidak dapat difahami oleh sesetengah pengkritik antarabangsa kerana barangkali tidak pernah merasai keistimewaan hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.

Dalam pada itu, paling menyenangkan adalah keindahan visual yang dipaparkan dalam filem ini dengan berlatarbelakangkan sebuah pekan kecil di Selatan Perancis cukup mengagumkan.

Itu tidak termasuk dengan muzik skor yang ditulis oleh pengarah muzik terkenal Bollywood iaitu A.R. Rahman melengkapkan karya yang asalnya diadaptasi daripada sebuah novel.

Disebalik kekurangan bahan dalam menterjemahkan karya tersebut, Lasse sebenarnya berjaya memberi rasa kepada filemnya itu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan