Ekspresi Luna Maya Dalam 'Tembus'

Diterbitkan: Isnin, 28 Julai 2014 1:27 PM

Pelakon-pelakon utama filem 'Tembus'.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Tembus

PELAKON: Aaron Aziz, Nur Fazura, Luna Maya, Khir Rahman, Eizlan Yusof, Mia Sara Nasuha

PENGARAH: Ahmad Idham

GENRE: Thriller

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TARIKH TAYANGAN: 28 Julai 2014

FILEM terbaharu karya pengarah Ahmad Idham berjudul Tembus ini tidak kurang hebatnya. Jika dilihat percaturan diatas kertas pada barisan pelakon utama sahaja sudah mampu menarik peminat masing-masing datang ke panggung berhampiran.

Nama besar tiga negara seperti Aaron Aziz, Nur Fazura dan Luna Maya sahaja sudah memberika persepsi positif masyarakat terhadap filem psiko-thriller ini.

Ketiga-tiga artis ini mempunyai pengikut yang kuat dalam industri hiburan Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Seperti dijangka lakonan ketiga-tiga mereka turut dibantu lakonan hebat daripada pelakon Khir Rahman menjadikan adunan filem ini menghasilkan produk yang terbaik.

Pujian harus diberikan kepada Luna Maya yang memeggang watak sebagai Merylia yang merupakan seorang gadis dari Indonesia yang berkunjung ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan yang akhirnya jatuh cinta dengan suami orang bernama Hari (Aaron Aziz).

Luna Maya memberikan lakonan berkesan dalam Tembus.

Biarpun kurang melontarkan dialog, namun kewujudannya dalam filem ini sangat dirasai dengan permainan emosi dan ekspresi yang ditonjolkan sebagai gadis psiko membuatkan penonton juga merasai kesedihan dan penderitaan yang ditanggungnya.

Watak Merylia digambarkan bersifat lemah lembut dan naif bagaimanapun, selepas kebaikannya disalah guna oelh lelaki yang tidak bertanggungjawab membuatkan perilaku turut berubah menjadi individu berbeza.

Lakonan Luna yang nampak lebih semula jadi sudah mampu menenggelamkan watak wanita lain dalam filem itu.

Dia tidak perlu terlalu banyak berusaha meraih untuk perhatian penonton.

Tidak dinafikan juga, gandingan Aaron dan Luna Maya ini berjaya membina keserasian di layar perak, ini kerana tanpa banyak dialog berjela-jela, mereka mampu memberi pengertian apa yang ingin disampaikan pada penonton.

Khir Rahman bergandingan dengan Aaron Aziz dalam filem tersebut.

Jika dilihat daripada sudut susun atur sinematografi yang digunakan ia tidak melampau dan menarik.

Boleh dikatakan amat bersesuaian dengan olahan dan jalan cerita berkonsepkan drama ini.

FilemTembus mengisahkan seorang lelaki bernama Hari (Aaron) yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak namun kerana kesunyian dia mencari cara lain untuk mempermainkan wanita di sekelilingnya termasuk Merylia.

Dia juga memegang tanggungjawab besar dalam mengotakan janjinya untuk melihat rumah tangganya semakin dilimpahi kemewahan dengan mengizinkan isterinya, Izza (Fazura) menguruskan syarikat sedangkan dia menjalankan tanggungjawab menjaga anaknya, Zara (Mia Sara).

Konflik bermula apabila Zara diculik dan penculikan misteri itu yang membongkar segala konflik dalaman yang selama ini dipendam baik Hari, Izza dan individu disekeliling mereka.

Tembus yang bakal ditayangkan pada 28 Julai ini dibintangi oleh Khir Rahman, Siti Elizad, Eja dan Eizlan Yusof bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 Julai ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tags / Kata Kunci: Tembus , Luna Maya , Aaron Aziz

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan