Komedi Lucu Mat Tudung Harus Ditonton

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 12:01 AM

Mat Tudung bakal ditayangkan pada 28 Julai 2014.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Mat Tudung

PELAKON: Fizz Fairuz, Izzue Islam, Nelydia Senrose, Harun Salim Bachik, Rosnah Mat Aris dan Munir.

PENGARAH: Wan Hafiz

GENRE: Komedi

DURASI: 90 Minit

TARIKH TAYANGAN: 28 Julai 2014

Fizz menyamar sebagai wanita bertudung dalam filem lakonan terbaharunya.

KISAH
penyamaran watak lelaki menjadi wanita bukan suatu perkara baharu yang ditonjolkan dalam sesebuah filem malah karya Hollywood seperti Mrs. Doubtfire, The White Chicks dan Sorority Boys mendapat sambutan hebat daripada penonton.

Terbaharu, filem terbitan Showbiz Productions iaitu Mat Tudung mengangkat tema sama tetapi dengan menyuntik cita rasa tempatan iaitu penyamaran tersebut dengan memakai tudung.

Pada pandangan penulis, filem arahan Wan Hafiz ini sebenarnya sebuah karya yang menghiburkan dan paling penting ia bakal mendapat sambutan daripada penonton kerana genre yang diangkat memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Plot cerita yang tidak terlalu berat, jalan cerita yang ringkas dan sarat dengan lawak adalah rencah utama yang cukup untuk menarik perhatian penonton terus melekat sehingga ke akhir.

Filem yang menelan kos RM1.5 juta itu jelas Wan Hafiz, ia menitikberatkan soal sinematografi, pencahayaan biarpun ia sekadar filem komedi ringan. Gaya pengarahannya yang kemas wajar diberi pujian.

Babak makan pisang diantara Johari (Fizz) dan Munir.

Mat Tudung
menampilkan barisan pelakon seperti Fizz Fairuz, Nelydia Senrose, Izzue Islam, Rosnah Mat Aris, Harun Salim Bachik dan Munir.

Dalam pada itu, Wan Hafiz dilihat terlalu ghairah untuk menyelitkan unsur-unsur lucah dalam karyanya itu sehingga adakalanya timbul rasa kurang selesa menonton beberapa babak yang dirasakan tidak perlu wujud.

Babak Johari teransang melihat Zizie ketika berada dalam bilik dan metafora makan pisang sehingga menimbulkan syahwat Munir agak keterlaluan.

Pada pandangan penulis babak-babak berkenaan tidak mempunyai sebarang erti malah jika tidak diselitkan ia masih mampu membuatkan penonton geli hati dengan lakonan dan jalan cerita ditampilkan.

Mat Tudung mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (Fizz Fairuz) yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Zizie (Nelydia Senrose). Bagaimanapun, Zizie bukan seperti wanita biasa yang mudah untuk didampinginya. Sebaliknya, Zizie merupakan seorang gadis berhijab yang terkenal dengan sifatnya yang dingin terhadap lelaki.

Penampilan Izzue mencuit hati.

Johari terpaksa mencari apa saja helah untuk mendekati Zizie. Cara yang difikirkannya paling berkesan ialah dengan menyamar menjadi adik perempuan kepada Johari iaitu Johanna.

Menggunakan pengaruh Johanna, Zizie mula terbuka untuk mengenali Johari dan pada masa yang sama Johari juga berjaya menyelami hati Zizie melalui keintiman Johanna dan Zizie.

Tapi siapa sangka, Johari atau Johanna turut digilai seluruh ahli keluarga Zizie yang gila-gila termasuk bapa Zizie yang sukakan Johanna yang kelihatan ayu dengan tudungnya.

Sebagai dirinya sebenar Johari, dia turut menarik perhatian ibu Zizie dan abang Zizie yang berpewatakan lembut.

Sementara itu, cubaan Fizz memegang dua watak sekaligus dalam Mat Tudung harus diberi pujian kerana ia bukan perkara yang mudah biarpun peranannya dalam filem tersebut kelihatan bersahaja dan santai.

Antara babak mencuit hati dalam Mat Tudung.

Biarpun bukan seorang pelakon komedi namun menerusi filem tersebut Fizz berjaya membuka mata penonton bahawa dia bukan sahaja sesuai dengan watak jahat atau pun seorang ustaz seperti dalam Nur Kasih tetapi juga sebagai pelawak.

Tidak ketinggalan Izzue yang turut mencuit hati dengan gelagatnya yang melengkapi peranan Fizz dalam cerita tersebut.

Bagaimanapun watak-watak lain seperti Nelydia, Rosnah dan Harun hanya sekadar melengkapi peranan utama malah percubaan Munir yang tampil sebagai lelaki lembut tidak meninggalkan kesan.

Secara keseluruhannya, Mat Tudung adalah sebuah komedi ringan dan penonton yang gemarkan karya genre itu akan menyukai filem berkenaan.
Tags / Kata Kunci: Mat Tudung , Fizz Fairuz , Wan Hafiz.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan