Perjalanan Menarik Dalam'The Legends of Oz: Dorothy's Return'

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 12:00 AM

Filem animasi ini sesuai tontonan kanak-kanak.

(Ubah saiz teks)

FILEM: The Legends of Oz: Dorothy's Return

PELAKON: Lea Michele, Patrick Stewart, Jim Belushi, Dan Aykroyd, Kelsey Grammer, Megan Hilty, Hugh Dancy, Oliver Platt, Bernadette Peters dan Martin Short.

PENGARAH: Will Finn & Dan St. Pierre.

GENRE: Animasi/Muzikal

DURASI: 88 Minit

TARIKH TAYANGAN: 5 Jun 2014

SEPERTI mana filem Wizard of  Oz, Oz The Great and Powerful dan Return to Oz, karya terbaharu berdasarkan buku tulisan Roger Stanton Baum iaitu The Legends of Oz: Dorothy Return adalah salah satu lagi karya yang dihasilkan semula sesuai untuk tontonan umum terutamanya kanak-kanak.

Meskipun memaparkan jalan cerita yang sudah diketahui penonton yang biasa menonton filem berkaitan 'Oz' namun Dorothy's Return cukup menghiburkan.

Dihasilkan dalam bentuk animasi, filem arahan Will Finn dan Dan St. Pierre itu tampil dengan keunikan tersendiri selain teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) dibuat dengan kemas tanpa sebarang cacat-cela.

Bagaimanapun, jalan cerita yang longgar sedikit mencacatkan perjalanan plot yang ingin disampaikan sehingga adakalanya ia agak membosakan.

Pun begitu, Will Finn dan Dan St. Pierre bijak menutup cacat-cela filem berkenaan dengan menampilkan muzik skor yang bertenaga dan menghiburkan.

Skor muzik filem berkenaan diterajui oleh penyanyi terkenal, Bryan yang berjaya memberi keceriaan kepada beberapa babak yang ditampilkan secara muzikal.

The Legends of Oz: Dorothy's Return menampilkan suara pelakon seperti Lea Michele, Patrick Stewart, Jim Belushi, Dan Aykroyd, Kelsey Grammer, Megan Hilty, Hugh Dancy, Oliver Platt, Bernadette Peters dan Martin Short.

Lea memegang watak sebagai Dorothy dan suaranya juga seorang penyanyi turut digunakan dalam beberapa lagu dalam filem berkenaan.

Ia mengisahkan mengenai Dorothy ingin kembali kepada pangkuan keluarganya di Kansas sebelum dia terpaksa kembali ke dunia Oz oleh Scarecrow (Dan Aykroyd), Lion (Jim Belushi) dan Tin Man (Kelsey Grammer) untuk menyelamatkan Glinda (Bernadette Peters) daripada si penjahat iaitu Jester (Martin Short).

Pelbagai kisah menarik yang terjadi kepada Dorothy sepanjang perjalanannya untuk menyelamatkan Glinda.

Filem ini secara keseluruhannya menarik dan bersempena cuti sekolah ia amat sesuai untuk dijadikan tontonan seisi keluarga.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan