'Bahaya Cinta' Papar Sejarah Pelarian Vietnam

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 12:38 PM

(Ubah saiz teks)

FILEM: Bahaya Cinta

PENGARAH: 
Yusof Kelana

PELAKON:
 
Adam AF, Datuk Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak (Malaysia) Han Dan, Luong Giang dan Nguyen Duc Hung (Vietnam), Dewi Armanda (Indonesia).

DURASI:
 
1 Jam  52  Minit

GENRE: 
Drama/ Romantik/ Aksi

TERBITAN: 
YKS Film Maker/Sheunik Sdn Bhd (Malaysia) dan Redbridge TV & Film Production (Vietnam)

TARIKH TAYANGAN: 
1 Mei 2014

KARYA terbaharu YKS Film Maker Sdn Bhd dan Sheunik Sdn Bhd ini memberi kelainan apabila ia diolah daripada telefilem menjadi sebuah filem untuk tayangan pawagam.


Mempunyai dua judul iaitu Bahaya Cinta dan Dangerously Love filem ini bakal ditayangkan di dua negara iaitu Malaysia dan Vietnam.

Lebih menarik filem arahan Yusof Kelana ini mempamerkan aksi pelakon dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia, dan Vietnam.

Filem ini mempunyai kekuatan skrip yang cukup menarik iaitu kisah sejarah pelarian Vietnam yang datang ke Malaysia bagi menyelamatkan diri.

Berbeza dengan filem Melayu di pasaran, ia memberi satu garapan yang sederhana namun cukup dengan pelbagai elemen suspen, romantik, resah dan jenaka.

Penggambaran filem ini dilakukan sekitar Hanoi, Vietnam dan Pulau Bidong di Terengganu.

Filem ini berjaya membangkitkan kenangan serta nilai sejarah yang digarap dalam sebuah kisah cinta moden.

Penonton yang gemar cerita bergenre romantik pasti sedikit sebanyak mengetahui tentang sejarah yang pernah berlaku antara kedua-dua buah negara.

Pemindahan dari satu babak ke babak yang lain membuatkan penonton terus menantikan insiden seterusnya yang bakal terjadi sehingga ke penghujung filem ini.

Bahaya cinta ini menyingkap sejarah yang pernah berlaku di negara ini sekitar tahun 1975 disebabkan Perang Vietnam.

Ramai pelarian yang hanyut atau pendatang asing dari negara itu terdampar di Pulau Bidong bagi menyelamatkan diri.

Filem ini memulakan kisah sekitar waktu peperangan tersebut dan beberapa babak peperangan yang berlaku di Vietnam yang menimbulkan debaran kepada penonton.

Bahaya Cinta mula ditayangkan di pawagam bermula 1 Mei.

Apa yang cuba disampaikan bukan tentang peperangan, sebaliknya kesan peristiwa tersebut di hati mangsa hingga sekarang, yang mana kebanyakan pelarian tersebut sudah bermastautin dan menjadi warganegara Malaysia.

Kisah bermula tentang pasangan kekasih yang terpisah akibat faktor geografi yang terus memutuskan mereka berdekat-dekat lamanya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati mereka masih terpahat perasaan sayang dan ingin tahu tentang keadaan masing-masing. 

Kisah keluarga Iskandar lakonan Adam AF sementara ibunya, lakonan Fadilah Mansor sebagai Dong Ai menjadi bekas pelarian Vietnam dan berkahwin dengan orang tempatan, iaitu lelaki Melayu yang pernah menyelamatkannya daripada mati lemas.

Selepas kematian bapanya, ibu Iskandar mengungkit kenangan silam terhadap kalung yang diberikan bekas kekasihnya, Ai Nguan, lebih tiga dekad yang lalu. 

Ibu Iskandar mahukan anaknya menjejak lelaki istimewa itu di Vietnam mengikut 'gerak hati'.

Bagaimanapun, percutian bertukar malang apabila sampai di sana, Iskandar berdepan detik cemas apabila diburu sekumpulan ahli kongsi gelap. 

Semuanya bermula selepas beliau cuba menyelamatkan seorang wanita dari Jakarta yang baru saja sampai di Hanoi tetapi menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah.

Dalam pada itu, filem ini turut komedi ringan dengan munculnya Man Raja Lawak sebagai kawan baik kepada Iskandar di kampung yang membawa penonton tidak kering gusi melihat keletahnya.

Filem Bahaya Cinta ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Mei 2014.

Tags / Kata Kunci: Bahaya Cinta , Adam AF , Malaysia , Vietnam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan