Lu, Gua Bro! Sekadar Komedi Ringan

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 1:59 PM

wqdw

Zalif (kiri) dan Epy berjaya menghidupkan watak Yu dan Mi.

(Ubah saiz teks)

FILEM: Lu, Gua Bro! 

PENGARAH
: Ismail Bob Hasim

PELAKON: Zalif Sidek, Epy kodiang, Nina Iskandar, Rahim

DURASI: 1 Jam 50 Minit 

GENRE: Komedi

TERBITAN: Metrowealth International Group (MIG)

TARIKH TAYANGAN: 27 Februari 2014

BUAT penggemar filem Melayu yang mencari karya-karya santai untuk ditonton, filem Lu, Gua Bro! mungkin boleh menjadi pilihan.

Karya hasil garapan Ismail Bob Hasim ini memaparkan sebuah kisah komedi ringan memaparkan kisah kemasyarakatan yang mudah difahami.

Ia mengisahkan tentang dua sahabat iaitu Yu (Zalif Sidek) dan Mi (Epy Kodiang) yang menempuh suka duka bersama sejak kecil lagi.

Apabila dewasa, Mi terpaksa berpisah dengan Yu kerana ingin berhijrah ke bandar Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang pegawai polis.

Bagaimanapun setahun kemudian, Yu bertemu dengan Mi secara kebetulan di sebuah kilang yang menjalani aktiviti sindiket pengedaran dadah.

Mi ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang tersebut.

hyughyu

Yu dan Mi cuba untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis namun dilarang oleh pengedar dadah tersebut.

Pergelutan berlaku membuatkan Yu dan Mi naik ke tingkat atas bangunan kilang untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, Yu tergelincir di kaki tiang bangunan dan sempat disambut oleh Mi.

Mi tidak mampu menaikkan Yu semula yang semakin putus asa dan ingin melepaskan tangan Mi.

Namun, Mi memberikan kata-kata semangat dengan menceritakan kisah silam mereka yang  bersemangat dalam segala urusan dan cekal menghadapi segala cabaran bersama ketika di kampung.

Pada pendapat penulis, satu usaha yang baik dilakukan oleh pihak MIG kerana memperkenalkan bakat-bakat pelakon muda dengan memberi kepercayaan mereka menggalas tanggungjawab sebagai watak utama dalam filem ini.

Tidak seperti produksi lain yang hanya menampilkan artis popular sebagai watak utama.

adewq

Walaupun menggalas tanggungjawab berat memainkan peranan utama, Zalif dan Epy berjaya membuatkan penonton bergelak sakan dengan lakonan spontan yang dilakonkan.

Malah, Ismail turut berjaya mencuit emosi penonton dengan memaparkan Yu dan Mi ketika di zaman kanak-kanak. Pengarah itu memaparkan kenakalan Yu dan Mi pada ketika itu dan ia benar-benar menarik perhatian penonton.

Walaupun perjalanan cerita sedikit klise, namun karya pengarah ini lebih berkonsep berterus terang kepada penonton tanpa perlu menggunakan terlalu nilai-nilai artistik dalam filem tersebut.

Sementara itu lakonan Nina Iskandar sebagai wanita yang menjadi pujaan hati Yu mencantikkan lagi plot filem ini.
Tags / Kata Kunci: Lu Gua Bro! , Ismail Bob Hasim , MIG

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan