Teknik CGI Daya Penarik Filem 'Ular'

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM : Ular

PENGARAH : Jason Chong

PELAKON : Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim, Izzue Islam.

DURASI : 1 Jam 18 Minit

GENRE : Seram/ fiksyen

TERBITAN : Showbiz Productions Sdn Bhd/ KRU Studios

TARIKH TAYANGAN : 5 Disember 2013

FILEM Ular arahan Jason Chong merupakan filem genre makhluk asing dalam bentuk teknik pengimejan berkomputer (CGI) yang pertama di Malaysia.

Percubaan pertama pengarah dalam menjadikan reptilia sebagai subjek utama cerita dilihat sebagai cabaran besar kerana ia bergantung kepada CGI dalam menghidupkan watak ular yang ditonjolkan.

Bagaimanapun, seperti diketahui umum ia adalah bidang kepakaran bagi KRU Studios yang sebelum ini telah menghasilkan filem-filem hebat seperti Merong Mahawangsa dan Vikingdom.

Menurut pengarah, biarpun penggunaan teknik CGI hampir 40 peratus namun mereka masih menggunakan reptilia yang sebenar dalam beberapa adegan.

Dalam pada itu, barisan pelakon yang mantap pasangan suami isteri, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim turut menjadi daya penarik dalam membawa penonton menyaksikan filem tersebut.

Jason juga dilihat cuba menyelitkan beberapa aksi komedi bagi meredakan ketegangan penonton sepanjang menyaksikan debaran pertarungan antara manusia dan haiwan tersebut.

Namun, beberapa babak komedi berunsur lucah dan double meaning yang cuba ditonjolkan melalui watak pasangan gay dan wanita seksi dilihat merosakkan sedikit cerita ini.

Secara keseluruhannya, filem ini memberi sedikit kelainan daripada lambakan filem-filem yang berada di pawagam ketika ini.

Filem Ular mengisahkan percutian sekumpulan pelancong di sebuah resort yang baharu dibuka di Pulau Batik Panjang bertukar menjadi misteri apabila satu persatu pengunjung hilang.

Myra, lakonan Lisa Surihani memeggang watak wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan untuk membuat liputan ditemani jurugambar Remy, lakonan Yusry.

Aziz, lakonan Namron adalah pemilik resort yang juga seorang bekas banduan dan isterinya Rohani (Zarina Zainuddin) terpaksa membuka resort tersebut kerana tekanan kewangan walaupun tahu tentang risiko ular tersebut.

Pagar elektrik dibina mengelilingi bangunan resort bagi mengasingkan haiwan pemangsa pulau itu dari mengganggu manusia.

Bagaimanapun, kesilapan dua pengunjung merosakkan pagar elektrik tersebut telah mengundang ribuan ular yang kelaparan memasuki kawasan penginapan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan