'Hantu Tok Mudim' Hiburan Sebuah Karya Ringan

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hantu Tok Mudim telah pun ditayangkan di pawagam sejak 21 November lalu.
Hantu Tok Mudim telah pun ditayangkan di pawagam sejak 21 November lalu.

FILEM: Hantu Tok Mudim

PENGARAH: Wan Hafiz

PELAKON: Izzue Islam, Andrea Abdullah, AR Badul, Harun Salim Bachik dan Sofi Jikan.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

GENRE: Komedi Seram

TERBITAN: United Studios

TARIKH TAYANGAN: 21 November 2013

APABILA bercakap mengenai berkhatan pasti ramai yang terkenangkan pengalaman melalui fasa perubahan daripada seorang budak lelaki kepada remaja.

Pelbagai kisah menarik tentang proses itu juga sering kita dengari terutamanya kepada mereka yang melakukan aktiviti berkhatan secara tradisional di kampung.

Menyedari ia jarang ditonjolkan sebagai sebuah kisah yang menarik, pengarah baharu iaitu Wan Hafiz mengangkat kisah tersebut menerusi karya pertamanya berjudul Hantu Tok Mudim.

Percubaan pertama Wan Hafiz boleh dikatakan berjaya kerana dia mampu mengolah tema dan konsep filem berkenaan dengan berbeza malah cukup menghiburkan.

Hantu Tok Mudim mempunyai kehebatannya tersendiri ditambah dengan kisah berkhatan yang cukup dekat dengan masyarakat Melayu.

Tidak sekadar sarat dengan lawak yang membuatkan penonton ketawa tetapi kekuatan lakonan ditunjukkan barisan bintang utama cukup mantap dan bersahaja.

Menariknya mengenai filem ini, walaupun skrip yang dihasilkan cukup mudah dan santai namun pengarah banyak meninggalkan maksud tersirat kepada penonton.

Ia sebenarnya tindakan bijak kerana ia memberi kebebasan kepada penonton untuk menilai sesuatu situasi dengan 'dua maksud' tanpa menggores hati mana-mana pihak dengan maksud sebenar yang cuba disampaikan.

Hantu Tok Mudim membariskan pelakon hebat seperti Izzue Islam, Andrea Abdullah, AR Badul, Harun Salim Bachik dan Sofi Jikan.

Ia mengisahkan mengenai tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi.

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Tok Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia.

Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang tidak berpuas hati dengan Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang untuk sabotaj operasi malam tersebut.

Kegagalan operasi malam tersebut mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.

Sementara itu, kehadiran pelawak veteran seperti AR Badul dan Harun Salim Bachik menggamatkan filem berkenaan dan terbukti taring 'orang lama' masih berbisa.

Lakonan dan lawak bersahaja mereka menghidupkan peranan mereka dalam filem berkenaan biarpun bukan watak utama.

Kehebatan pelakon muda iaitu Izzue juga membanggakan kerana dia berjaya menonjolkan sisi komedi sekali gus membuktikan dia adalah pelakon berkebolehan.

Hantu Tok Mudim bukan sahaja lucu malah sebuah karya menghiburkan dan penonton tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menonton karya terbitan United Studios ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan