'Dampak' Bukan Sekadar Filem Aksi

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dampak mula ditayangkan di pawagam bermula 19 September lalu.
Dampak mula ditayangkan di pawagam bermula 19 September lalu.

FILEM: Dampak

PENGARAH: Lai Yuk Long

PELAKON: Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana dan Julianna Evans.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

GENRE: Aksi

TERBITAN: Supreme Broadcast Intl Sdn Bhd

TARIKH TAYANGAN: 19 September 2013

PADA awalnya penulis agak skeptikal dengan filem terbaharu arahan Lai Yuk Long berjudul Dampak yang mengangkat genre aksi ini kerana adakah ia mampu memberikan kelainan kepada lambakan filem dari tema sama yang berada di pasaran.

Bagaimanapun telahan penulis sama sekali meleset apabila filem yang membariskan pelakon seperti Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana dan Juliana Evans itu bukan sekadar karya aksi semata-mata.

Secara sedar atau tidak, Lai berjaya menyentuh perasaan penulis dengan pelbagai maksud tersirat yang terselit dalam karya itu selain ia sarat dengan nilai-nilai kekeluargaan dan persahabatan.

Olahan Lai berkesan dan berjaya memberi sisi lain dalam memasukkan elemen-elemen itu walaupun teras Dampak penuh dengan aksi mendebarkan.

Cuma dari sudut olahan skrip Lai sepatutnya memberi lebih ruang kepada pelakon untuk membuat penambahan kerana dari segi tutur para pelakon ia kelihatan kaku dan terlalu mengikut skrip.

Dari sudut teknikal pula, jelas dapat dilihat teknik kamera dan sinematografi mempunyai pengaruh daripada filem-filem terbitan dari Hong Kong.

Pun begitu, ia bukanlah sesuatu yang menjengkelkan malah ia sebenarnya memberi suntikan baharu kepada filem tempatan dari sudut produksi terutamanya filem genre aksi.

Dampak mengisahkan kehidupan dan pengembaraan lima adik-beradik yang bermisi untuk membalas dendam terhadap musuh, kepada ayah angkat mereka seorang bekas ahli kongsi gelap yang mempunyai masa silam yang tersembunyi.

Seperti mana filem aksi lain, Andy banyak turut menekankan aspek babak aksi dan boleh dikatakan hampir 70 peratus pengisian Dampak adalah babak pertarungan.

Andy juga tidak mengehadkan aksi ganas kepada adegan lawan sahaja sebaliknya turut memaparkan visual ngeri yang barangkali tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak.

Aksi lasak yang dijayakan oleh kesemua pelakon juga harus diberi pujian termasuk adegan dua pelakon wanita iaitu Scha dan Juliana yang tampak berkesan.

Bagaimanapun masih ada ruang untuk kedua-dua pelakon ini memperbaiki mutu lakonan mereka terutamanya untuk genre filem seperti Dampak.

Lai bertuah kerana filem arahannya itu dibarisi pelakon hebat seperti Aaron dan Farid yang mampu memberikan impak kepada karyanya itu dengan lebih berkesan.

Dampak mula ditayangkan di pawagam sejak 19 September lalu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan