'Lari' Penuh Aksi Pertarungan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malek, Hazama Azmi.

Pengarah: Ahmad Idham

Durasi: 1 jam 22 minit

Tayangan: 6 Jun 2013

FILEM Lari arahan Ahmad Idham ini padat dengan aksi pertarungan di samping jalan cerita yang menarik.

Filem yang mengangkat isu pemerdagangan manusia ini boleh dikatakan setaraf dengan filem popular Hollywood Taken.

Filem yang berlatarbelakangkan sebuah kampung ini banyak mengupas aktiviti-aktiviti haram yang tidak disedari masyarakat.

Jalan cerita yang diolah oleh pengarah membuatkan penonton tidak sedar ia sudah sampai ke penghujung.

Malah penggunaan khidmat sentuhan pengarah aksi bagi filem aksi popular Thailand Ong Bak memberi impak berbeza daripada filem-filem aksi tempatan.

Ahmad Idham turut menyelitkan unsur kekeluargaan, cinta dan unsur komedi bagi menghidupkan jalan cerita Lari.

Bagaimanapun, boleh dikatakan 80 peratus daripada keseluruhan cerita ini memaparkan aksi-aksi pertarungan yang cukup hebat.

Selain Aaron Aziz yang membawa watak Khalif sebagai watak utama, watak-watak lain seperti Maya (Dira) dan Taugeh (Hazama Azmi) turut membantu filem ini menjadi lebih menarik.

Filem menelan belanja RM2.5 juta ini mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa menangguhkan hasratnya untuk terus meminang Maya kerana menerima tentangan daripada keluarga wanita itu dan dia mengambil keputusan untuk menjadi askar.

Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.

Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang.

Maya pula berhadapan dengan krisis rumah tangga dan mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya.

Dari situ bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan